Pages

Wednesday, May 5, 2010

karipap

masa semakin suntuk ni..

tak lama lagi dah nak stat keje semula, so akan kurang la masa di dapur memasak ataupun hilang terus masa2 seronok di dapur ni..

fyi y'all, semakin lama rasanya i cook whenever i feel happy or too eliminate sadness in my life.. dulu, only to those special in life jer yang i akan masakkan for them.. hmm.. not really masak la.. slalu buat chocolate cakes.. penah masak tomyam n carbonara.. beberapa kali buat chocolate mousse..

these days, nak prepare for marriage kot?? haha.. not yet la time tu.. mungkin tiada, i dunno..

karipap memanggil2 sudaa..

suma orang tau kan reka bentuk karipap ni.. tak perlu nak sneak preview dulu kat atas ni.. hehe..

sangat simple n mudah sangat pembuatannyer.. untuk ayep di cairo yang susah nak mencari bahan kadang2 tu, boleh la buat karipap untuk minum petang yer.. walaupun tau dah cake skills hebat giler tak hengat kat sane.. hoho.. oh, buat sementara ni dia dok private plak.. later la boleh view kalau dah di-open-kan balik blog tu.. hoho..

terlupa plak nak bagi kredit.. dok turun naik sokmo menulis ni.. hehe..

well2, credit is for teratak dayang jack.. for the wonderful sedap n simple nyer recipe of karipap.. actually, i'm not into karipap sebab dalam tu banyak kentang.. tapi sebab mak teringin plak, so cari sat n buat la.. memang seronok nampaknyer presentation yang dibuat oleh cik dayang di terataknyer.. boleh la refer sana yer untuk menjamu mata.. hehe..

move to the recipes..


bahan2:

250 gram tepung gandum
120 gram butter/marjerin {i use butter sebab marjerin itu berbahaya for health}
80 ml air sejuk yang dibancuh dengan secubit garam


cara2:

1. sediakan tepung yang diayak..


2. sediakan butter..


3. masukkan butter ke dalam tepung di dalam bekas {tak perlu dalam mixing bowl sebab amount tak banyak sangat, i use bekas aiskrim jer}..


4. ramas2 butter dan tepung sehingga sebati..


5. ramasan butter dan tepung akan menjadi begini..


tak licin sangat, relai gitu.. tak perlu nak menjadikan dia bulat pun.. asalkan suma tepung dan butter telah disebatikan dalam proses ini..

6. hasil ramasan tadi {eh, kita boleh panggil dia adunan lah} sekarang akan dimasukkan ke dalam beg plastik..


beg plastik ni macam beg plastik bekal atau beg plastik makanan/minuman kalau kita beli di gerai2 tu yer.. kalau kat umah ni selalu untuk packing bekal nak bawak pi sekolah/kejer jer..

7. selepas suma adunan tu dimasukkan ke dalam beg plastik, kita akan flatkan bagi jadi bentuk empat segi camni..


then, akan disimpan dalam peti sejuk.. kalau mengikut resipi asal, chill-kan dalam sejam gitu.. tapi actually kita boleh simpan beberapa jam atau semalaman atau beberapa hari pun takper.. takder masalah..

8. adunan ni takder berubah apaper yer selepas disejukkan.. i mean dari segi bentuk atau saiz.. dalam gamba ni memang berubah sebab no.7 tadi percubaan pertama.. yang no.8 ni plak percubaan ketiga {hehe, noti betul ni}..


adunan tu macam keras flat giler la pas kuar dari peti sejuk.. tapi sebenarnya appearance jer macam tu.. kalau rasa dengan jari, masih boleh direlaikan lagi..

9. keluarkan adunan sebelum menyediakan air sejuk..


ketiga2 cubaan karipap ni terlupa nak letak garam la.. mungkin tak memberi efek sangat la.. biasa jer kot.. teringat dah, tapi excited nak buat karipap kot.. mesti lupa punya, hehe..

10. dah sampai step ni, kita amik mixing bowl semula yer.. bekas aiskrim tak muat dah untuk memuatkan segala usaha yang susah-payah ni.. hoho..

keluarkan adunan {yang dah chilled} dari dalam beg plastik dan masukkan ke dalam mixing bowl.. tak perlu berhati2 sangat, sebab endingnyer akan bercerai2 jugak dalam mixing bowl yer.. mix dengan air sejuk + bancuhan garam dan ramas2 sehingga sebati..


mungkin pada awalnyer macam tak konfiden sangat la, tapi akan sebati dan tidak melekit sangat la adunan tu nanti.. hasilnya akan jadi macam ni.. ehehe, siap ader bentuk buku lima di situ.. {haha, memerlukan tenaga yang kuat untuk menguli, hoho}.. tipu jer ni, haha..


11. adunan yang dah siap tu mungkin akan rasa sedikit melekit, tapi takpe.. kita masukkan lagi tepung sket2 untuk mengurangkan lekitan itu..


hmm.. cik dayang takder plak masuk tepung kot, tapi hasil dia cun.. cuba tengok sini.. hoho..

12. setelah rasa2 agak kukuh untuk mula mencanai {nak buat flat pakai penggelek tu namanyer mencanai yer}.. boleh la dicubit sket adunan tu untuk digelekkan dengan penggelek ni..


tepung macam biasa perlu di-sprinkle {oh, tabur2 dalam bahasa melayunyer} di penggelek, di adunan kecik dan di atas tempat yang ingin digelekkan.. i mencanai atas tutup periuk yer, hoho..

so means, i tabur tepung in all over surface penggelek, atas adunan dan atas tutup periuk.. ni nak bagi firm lagi adunan untuk karipap ni yer..

tabur2 tepung di sebelah atas dan sebelah bawah kulit karipap ni yer..

canai tu agak2 nipis la yer.. jangan la tebal benar.. biasa orang jual pun senipis2nyer kulit karipap tu.. tapi kalau nak tebal pun apa salahnyer, cuma takleh la nak estimate hasil dalam 20 bijik nanti.. hoho..

13. disebabkan tangan ni memang tak reti nak menutup2, cara paling senang pakai acuan karipap la yer.. tutup pau pun tak pandai, apatah lagi nak mengunci karipap pusing ni.. haha.. dat's the safest way..

sebelum letak kulit karipap atas acuan, tabur2 sket tepung di atas acuan.. adjust2 sket kulit tu supaya cover acuan {yang macam bentuk mangkuk tu} supaya nanti tak terpecah plak.. kira kita lendutkan sket ke bawah.. tabur lagi tepung sebelum masukkan inti dalam kolam tadi..


dah masuk pun.. nanti macam ni la yer..

14. tutup acuan dengan berhati2.. pastikan inti tak letak over sangat, nanti meletup {hehe}.. nanti melimpah keluar pulak.. seelok2nyer, adjust bagi suma inti masuk elok jer dalam tu sebelum kita tutup acuan nanti..


taktau la for u guys, i felt semacam plak tengok gamba ni.. dah, jangan pikir bukan2.. haha {gelak jahat}..

pas acuan ditutup, boleh la ketepikan lebihan2 adunan kulit karipap tu yer..

15. acuan dibuka semula dengan berhati2.. tara~~ dah siap..


buat la cara yang sama sampai suma adunan kulit karipap habis..

kemalasan menabur tepung sebelum letak inti boleh menyebabkan karipap ni tak tertutup yer.. nanti terburai isi perut dia, hahaha {gelak jahat lagi}..

nanti pas dah siap bersusun di loyang, sementara menunggu nak digoreng, boleh la tabur2 tepung lagi supaya karipap nampak gebu dan cantik..

uhu, tak amik plak gamba yang dah siap tadi.. rasanya siap tadi menghasilkan 19/21 bijik kot..

16. kali ni kena goreng sendiri sebab takder orang nak tolongkan goreng la.. huhu..

hasil yang telah digoreng tadi..


oh, gemuk2 dan gebu2 karipap ni.. tapi perlu diingatkan supaya menggoreng dengan api yang kecil yer.. kalau goreng dengan api sedang2, sawo2 matang gitu kulitnya nanti.. sentiasa perlu dibalikkan.. jangan plak tinggalkan lama sebab karipap ni cepat sangat masaknyer..

17. karipap sedia dihidang dengan teh o mint panas.. hehe..


sedikit tips..

1. mengayak tepung menjadikannya ringan.. kadang2 membuang bahan2 yang tak berkaitan dalam tepung.. well, penah jugak terjumpa plastik n benda bergumpal dalam tepung yer.. bila diayak ni, pure tepung la gitu.. hoho.. dalam recipe ni, tak ayak pun takpe.. takder masalah..

2. i use butter in dis recipe walaupun dalam recipe asal tertulis marjerin.. for those yang taktau lagi about dis, actually hanya 1 bahan lagi dalam marjerin yang perlu ditambah untuk menjadi plastik.. kalau kita letak marjerin di atas meja, takkan ader lalat/semut pun yang menghurung.. tapi butter quite expensive la.. butter untuk masakan ni mungkin sama jer, u can opt for the cheapest one.. i always use butterlite for baking/memasak.. kalau buttercups tu sekali ganda harga butterlite..

3. hmm.. chill-kan dalam peti sejuk.. i'm not sure la kenapa.. mungkin sebab texture sangat rapuh sebelum disejukkan kot.. after kuarkan dari peti sejuk, texture sedikit pejal dan padat berbanding sebelum.. hmm.. another mystery to be solved.. hoho.. later update la why dis happen.. tapi kalau yang tau pun, boleh tulis kat comment nanti.. tenkiu2..

4. dalam recipe ni takder yis.. tapi kalau nak masukkan yis dalam air sejuk sebelum meramas adunan yang sejuk tadi pun takper.. takder masalah.. mungkin rasa lebih sedap kot.. i've tried before in my 2nd attempt, tapi tak buat karipap la.. i use the same adunan yang diuli bersama fresh yeast to make croissant yang tidak gebu seperti roti dan dibakar dalam oven menjadikannyer macam cookies.. sedap jugak, tapi taktau la nak cakap tu resipi apa.. hehe..

5. mengikut recipe, tepung diperlukan dalam 250 gram untuk diadunkan menjadi kulit karipap.. tapi, amount tepung diperlukan lebih dari itu untuk membuatkan karipap ni menjadi gebu.. tepung sangat2 diperlukan sekiranya adunan kita masih terasa melekit atau tak cukup firm.. tepung juga diperlukan untuk memastikan karipap kita ni tak terburai yer.. sebab tu selalu kena tabur2 tepung di sana sini dan berkali2 untuk mendapatkan hasil yang menawan dan memuaskan hati..

6. karipap ni boleh juga dibakar dalam oven besides menggoreng di atas dapur.. tapi kalau secara dibakar {sebab tak try lagi}, i cannot advice on berapa minit untuk biar di dalam oven.. kalau berdasarkan pengalaman 2nd attempt membuat croissant tu, mungkin dalam 30-45 minit.. tapi cek2 la sentiasa dalam 15 minit tu yer.. macam sedang elok gitu hasilnya.. hmm.. just remember about dat croissant, rapuh tapi tak terelai.. perasaannyer macam makan karipap goreng la untuk kulitnya.. lebih kurang la, hoho..


sedikit-sebanyak yang boleh dikongsi bersama untuk menyediakan karipap.. hehe, karipap ni untuk mami yang telah menghadiahkan award pro memasak today.. nanti i promote mami kat blog yer.. hehe..

1 comments:

Anonymous said...

assalam,

buttercup and butterlite both are margarine right..they are not butter.