Pages

Tuesday, August 31, 2010

pencarian baju raya

as promised, during last yer nyer post ni ha.. nak buat 1 post untuk baju2 raya sekitar shah alam ni..

ewah2, bukan nak tayang baju raya baru ai kat sini yer..

ni nak bagi tips last kopek nyer untuk sesaper yang rushing cari baju raya untuk hari2 terakhir di bulan ramadan ni..

eh eh.. jangan sebok nak beraya jer tau.. amal ibadat bulan puasa ni kena tingkatkan sekali.. 10 terakhir ramadan la kita nak cari malam lailatul qadar ni.. jangan dilupa tu.. di sebalik kemeriahan nak menyambut raya ni pun.. aishhh..

tapi tips ni untuk the ladies la terutamanya.. di area sekitar shah alam jer.. for the guys, ada sket2 la.. but not all area cover untuk guys sekali yer.. will let y'all know if there's no baju melayu dijual di tempat2 yang di-review sini.. hoho..

oh yer.. why dis post target for the ladies??

1st n foremost, i'm a lady.. don't forget about tu yer..

next, the ladies ni memang rajen atau terpaksa rajen nak mencari baju raya ni.. iyorlah, yang dah ber-husband atau dah ber-anak kecik ni.. suma nak kene sediakan sempena raya ni kan.. bagi yang malas nak pikir2 atau nak bersesak2 untuk meng-survey, memang elok sangat la tu..

tapi ni sebagai panduan jer la yer.. keputusan di tangan korang nanti..

lain orang, lain cara kan.. lain taste.. lain citarasa.. lain kehendak.. lain keinginan..

well well.. dis is the result of sehari suntuk merayap amik gamba for dis post.. hoho..

the first mall ialah alam sentral.. ni sebab parking situ.. tak mahal sangat la.. from rm 1.50.. better parking basement la kalau nak datang sini.. sebab sekarang mbsa suka bekerja keras, so tak pasal2 mau runtuh perasaan dapat surat saman parking nak raya ni.. itu kalau parking kat deret jalan belakang alam sentral la tu terutamanya..

wokey2..

sini lah..


ala2 pameran kat lobby or ruang legar alam sentral ni..

pic taken from tingkat 1.. memang banyak ruang2 jualan yang dibuka kat ruang legar ni.. ada ruang2 baru yang extend from ruang legar lagi..

kalau rasa cam crowded sangat kat bawah, kat atas tingkat 1 n 2 pun ada jugak la.. tak la banyak sangat cam kat ruang legar ni..


harga pulak around rm 49 hingga rm 250.. but in my opinion, memang banyak pilihan la kat alam sentral ni.. tapi cam kurang cantik la kot.. kalau ader yang cantik pun, tapi mahal sangat kalau nak dikira sebagai perbelanjaan berhemah n yang jenis jarang2 kene pakai tube tu.. for me, it's tak sesuai sangat la..

baju melayu n baju budak2 pun ada sini.. perhiasan2 seperti gelang2 n mekap2 pun tak dilupakan.. boleh dijumpai di sini..

dis post memang semata2 untuk men-survey dan nak update blog, bukan semata2 nak pi survey untuk beli yer.. sekali lagi nak diingatkan di sini.. hoho..

yang kedua ialah di kompleks pkns shah alam.. tak jauh sangat la daripada alam sentral ni.. boleh berjalan kaki melalui shah alam walk di tepi quality hotel/plaza perangsang melintasi jalan sibuk yang ber-traffic lite untuk pejalan kaki tu n sampai sudah di area sacc mall/kompleks..

fyi, parking kat kompleks ni memang banyak.. parking ada di perkarangan mengelilingi kompleks, di basement dan di open parking yang tak jauh sangat la, but still kene melintasi another jalan besar di sebelah sana.. it's another direction from the one yang kat alam sentral tu yer.. parking di kompleks ni murah sket berbanding di alam sentral.. rasanya, stat from rm 1 kot..

namun begitu, musim2 orang nak shopping raya ni.. cam susah sket kot nak parking.. oho.. keter memang takyah cakap la, berderet yang beratur nak masuk ke pusat bandar ni.. hmm.. bagi yang tak familiar shah alam ni, area2 kompleks/alam sentral/sacc mall ni boleh dikatakan pusat bandar la kot.. seksyen 14.. lagipun sebelah2 tu pun ader bangunan mbsa suma.. di bangunan kompleks sendiri pun ader beberapa jabatan jugak di tingkat atasnya seperti jabatan imigresen yer..

eh, melalut jauh plak.. hmm, okey.. kompleks ni akan dikunjungi ramai sangat umat manusia.. lagi plak, parking belakang di kompleks yang berhadapan dengan sacc mall tu sumkind of di-block la dengan deretan khemah2 untuk pasar ramadhan.. khemah ni sentiasa didirikan la sempena pasar ni.. kalau bukan bulan ramadhan, khemah ni tak wujud.. so parking leh banyak la di sekeliling kompleks ni, don't worry..

so bagi sesiapa yang nak berkunjung ke kompleks.. dinasihatkan untuk bersedia ber-jem2 untuk parking.. tak pun, awal2 dah menuju ke open parking lah.. ader jugak parking di taman tasik berhadapan kompleks yang selalunya penuh, tapi boleh jugak la mencuba nasib..

oh yer, sekali lagi bagi reminder.. pihak2 mbsa sekarang giat menjalankan tugas yer.. sayangilah duit n rekod keter anda daripada kene saman free2 semata nak mengelak kene bayar parking kat shah alam ni yer..

masuk ke kompleks melalui jalan belakang near kedai bata tu.. hmm.. ruang2 jualan untuk raya2 ni dah stat daripada depan kedai bata tu lagi.. fyi, ruang2 ni biasanya kalau dibuka around beberapa bulan.. mungkin akan tutup sekejap sebulan dua untuk bagi pameran buku atau hartanah ke, then akan dibuka semula untuk jualan baju2 kurung ni.. biasa lah tu..

tengok sket ruang jualannya..


banyak, banyak, banyak {tiru upin ipin sket}..


ni gamba taken from tingkat atas.. cuba tengok, gamba 1 n 2 di-combine.. jadik la gini.. panjang betul..

ader jugak yang terlindung.. terpaksa amik di tingkat yang sama lah..


another one sini..


sini pilihannya memang lagi banyak daripada alam sentral.. banyak jugak yang cantik2.. if not mistaken, choices of colors n jenis kain pun lebih variety nyer berbanding alam sentral.. sini, harga from rm 45 hingga rm 300.. baju melayu, kain sampin, baju kanak2, tudung2 pun ader dijual.. so kira, seluruh family la leh dapatkan baju raya di sini..

sempat masuk kedai buku sini nak dapatkan majalah solusi keluaran lepas.. oho, next month nak datang lagi la nak dapatkan buku2 kecik tu.. hoho..

sacc mall tidak dikunjungi yer.. so, takder la any review sini sebab it's not for bajet purpose la kalau nak tengok harga di sacc.. cam leh kira jer berapa kali masuk sacc setahun.. huhu..

untuk balik ke alam sentral, where i parked my car there.. kene jalan semula melalui plaza perangsang n quality hotel tu la yer.. di sebelah plaza perangsang tu, iaitu di jalan yang kita gunakan tu, ada didirikan khemah2 atau lot2 jualan di tepi jalan tu.. biasanya ada jualan baju bundle.. oh yer, ada juga lot yang berjualan baju melayu tepi tu.. bab kualiti tu, tak cek la plak.. tak membeli lah katakan.. huhu..

kuar dari alam sentral, menuju ke tesco shah alam plak.. seperti tesco2 lain, pastilah ada ruang2 kedai/stall di bawah tu yang terletak berhadapan kedai emas poh kong, restoran kfc, restoran jm beriani, pos ofis n restoran pak hailam/chicken rice shop..


ruang2 jualan ni kebiasaannya dibuka sepanjang tahun.. tapi tak sure la plak kalau ader masa2 yang ditutup sekejap ke.. baju raya, henbeg, kasut n carpet ada dijual di sini.. sumtime ada ruang jualan yang dibuka di luar, iaitu depan pintu utama memasuki tesco ni.. tahun ni, tak sure la plak sebab straight masuk ke dalam ikut pintu belakang.. tak melalui pintu depan pun, hoho..


pilihan baju raya di sini tak begitu banyak, due to ruang jualan n penjual kot.. di atas pun ader beberapa gerai menjual baju raya, di samping kedai kain tewah.. boleh la di-cek-kid-daut di situ.. walaupun begitu, terdapat pilihan2 corak n design yang tak dijumpai di tempat lain dalam review ni.. tu yang bagus tu.. harga pulak dalam rm 39 hingga rm 150..


kualiti gamba memang buruk teruk sangat la kat sini.. lost of skill amik gamba agaknyer pada hari tak berpuasa ni.. hoho.. kantoi suda..

bab parking, tak perlu dirisaukan lah.. selain daripada parking nyer dekat2 jer dengan mall, mencukupi la kot pada hari2 biasa mahupun luar biasa.. hoho..

next, melalui jalan belakang kuar dari tesco shah alam melalui worldwide, terus ke arah tesco extra pulak.. dulunya, dikenali sebagai macro masa kecik2 dulu.. so sekarang telah diambil alih oleh tesco extra lah..

parking sini bagus.. selalunya tak ramai orang.. mungkin pada hari ahad jer la kot ramai.. tu pun, ramai yang nak ke pasar tani besar di stadium shah alam kot.. hoho..

tak banyak pun pilihan di sini.. ada beberapa stall yang didirikan berhadapan poh kong.. cuma nyer, ader 1 kedai baju raya di sini yang dibuka sepanjang tahun.. eh eh, kalau dah sepanjang tahun tu takderla nak namanyer baju raya.. iyer dak.. haha..


pilihan baju di sini okey jugak la.. hanya untuk ladies, another options untuk cari baju kurung n tudung2..

next, melalui jalan belakang lagi.. kuar dari tesco extra, masuk ke stesen minyak esso di federal hiway sebelum masuk balik jalan menuju ke arah stadium shah alam/ttdi tu.. ke giant 13 plak mengikut turutan seterusnya..

sini ada banyak stall.. biasanya sepanjang tahun..


banyak choice jugak.. ruang2 jualan ni terletak di lapis pertama, berhadapan kedai buku mph, kedai cenderahati memory lane, kedai emas tomei, kedai pakaian baby anakku n kedai speedy video.. ada jugak yang terletak di antara ruang farmasi guardian, kedai sunglasses, kedai scholl n kedai emas tomei tu..


banyak yang cantik2.. affordable jugak tu.. oh, tak survey plak harganyer.. hoho..


my choice semestinya akak yang jual di stall di sebelah kedai kasut scholl.. hoho..

perjalanan seterusnya, ke arah kampung budiman di meru melalui jalan puncak alam jalan belakang.. ohohoho.. i really suka pakai jalan belakang ni, nampak sangat reti la sangat jalan2 shah alam ni.. haha..

pi amik kek buah kukus yang di-order kawan mak sat before terus menghala ke arah setia alam.. untuk orang yang kurang familiar, kita boleh gunakan jalan puncak alam untuk sampai ke meru sebelum tembus ke setia alam.. so, tak perlula me-round sampai ke area puncak alam sebelum ke meru baru lah ke setia alam..

sempat tu lepak jap kat cimb setia alam n borak ngan kawan lama situ before tau yang cimb situ belum lagi stat tukar duit raya.. hoho..

disebabkan takder nak melangut sana tanpa tujuan, gerak terus ke tesco setia alam plak.. bergegas ke pos ofis sebab nak mem-pos-ekspres-kan duit raya to my luv one.. hoho..


merayap2 sat area tingkat bawah n found nice baju raya there..


harga mungkin bermula dari rm 39 kot sini.. enjoy gamba jer la..


tak begitu banyak kedai yang menjual.. tapi ada jugak yang cantek2..

boleh la berkunjung ke mall2 yang dah di-review ni.. hoho..

dalam sebok2 merayap ni, sempat tu singgah kedai buku karangkraf, pi courier n me-round supermarket.. kalau dah memang suka merayap tu kan.. ahaha..

si peng-review ni tak membeli selai pun baju raya siap tahun ni.. baju raya tahun ni selai jer, tempah sebelum raya n menunggu siap la kira.. tahun ni takder mood nak beraya pun.. huhu.. baju2 raya yang lain boleh dibeli n ditempah sepanjang tahun, so takder la beria sangat nak beraya pun ni.. hoho..

selamat menunaikan ibadah di akhir2 ramadan ni.. selamat menyambut hari raya jugak..

p.s: saper tak puasa, takleh raya key?? hoho..

2 comments:

Azuan said...

aku tunggu mlam raya baru shopping hahaa..

akak eskrem said...

malam raya baru shoping memang ter-baek ahh.. tak lalu nak join sesak2 tu.. hoho..