Pages

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

selamat, tet tet tet.. hari raya (2011)

Eh, tetibe mood bak #bbnu kat blog ni ha. Sempat gittewwww.

Walaupun terpedas rasanya ngan entry Mr K ni, apadehal kan?? Yedak? Ah, lagi sedap kalau dapat sua kerepek pedas sambal yang basah tu masuk mulut.

*Woi! Nak tambah berat lagi ke pas turun 3-4 kilo????*

Takmo-takmo. Geleng-geleng kepala.

Ehehe.. Tahun lepas buat. Tahun ni pun nak jugak lah! Kata jarang sesangat hapdet blog kan?? Kekekeke..

Gamba ni memang best, cantik betul lah. Bertiga-tiga. Hoho..


Abah, ika n ajim. Abam sayang ika lettew. Gogolak manjang amik gamba ni. Keh keh keh. Dari pagi si ajim dok bantai bergamba ala-ala mlm gitu. Kikikik..


Mak pulak. Time ni kitorang lepak umah mak tam. First umah yang ditujui di kampung mak.


Shafiq yang terpaksa menghulurkan muka untuk diamik gamba, lantaran akaknyer malas nak menge-zoom. Pemalas punya kakak! Kekekeke..


Faiz sakan dengan baju melayu kaler merah selepas struggle pencarian ritu. Hoho..


Our young doctor ni haaa. Last minit dapat cuti raya pertama n kedua. Last minit jugak lah membeli baju raya kaler hitam saiz S ni haa... Oh, apparently berbadan paling kecik dalam family sekarang.


Aci tak ni tuan punya belog pun mau interprem sekali?? Ai really look kughusss dalam gamba ni. Tak dilupa baby di belakang! Both fiesta balik beraya ini tahunnn..

What makes tahun ni punya raya sangat sangat sangat bestttt ialah all the 8 members dapat berkumpul sekali pada hari raya pertama. Dan sumorang ada di mesia ni haa..

Walaupun ada sket2 sedih bila teringatkan arwah nenek yang telah tiada pada 9-9-08. Teringat2 lagi kemeriahan raya bila nenek selalu sebok2 mengacau dodol dalam kawah, bersengkang panas di luar membakar bahulu guna sabut kelapa dan cucu2 yang dok kacau2 masa buat putu kacang. Tak dilupa jugak makanan peberet ikan talapia bakar cecah air asam yang hari2 dok pulun masa mak abah pi mekah after ai habes spm dulu. A lot of memories, every time.

N maybe jugak nenek pegi awal2 ai mula bekerja dulu, menyebabkan ai no longer interested of celebrating raya oredi. Memang a big no-no lah untuk lagu raya, persiapan raya melampau segala. Sampaikan kuih raya pun takmo buat tahun ni, except cookies jer. Summore baru setat keje baru lagi. Tengkiu bagi duit ghayer banyak giler boss! Hoho..

For now, alot of things unrevealed. Sirius.

I don't know u guys. But the only thing i look forward for hari raya, is giving duit raya. Such a wonderful feeling to see the faces of penerima duit raya tau. Walaupun kadang tak banyak amount-nyer, but still, duit raya! Yang kita shayang-shayang tu dapat letteww..

Wokey lah! Selamat, tet tet tet, hari raya. Hari untuk kita bersuka ria. Selamat, tet tet tet, kami ucapkan. Untuk kita bila sampai tahun depan.

Selamat hari rayaaaaaaaa!!!

Mintak maap kalau terkasar bahasa sepanjang berada di blogosphere ni. Almaklumlah, kengkadang ni jejari tak runcing kiter ni laju jer menaip lepas makan kerepek ubi pedas sambal yang basah tuuu..

Bagi yang mendapat hint-hint, kiter datang nanti beraya bawak ole-ole okeyyy?? Sekali-sekala.. Bukan senang tu nak datang beraya umah kengkawan bawak buah hati.. Eh? Salah-salah. Buah tangannnnn tauuu. Jangan salah paham. Kekekeke..

Next entry, nanti-nanti dulu la.. Stres kot entry before ni terhilang content-nya dalam simpanan selepas bersusah payah.

Jangan nenakal suma main meriam besi n cucuk-cucuk kereta di hiway yerr. Balik kampung 1-piece. Balik semula ke umah pun mesti 1-piece. Wokeyhhh eberibadi???

p.s: Ai jugak lah manusia yang digelar the grinch of raya ataupun raya grinch di tuiter disebabkan ke-tidak-gemar-an kiter beraya-raya ni. Boleh la follow kalau mauuuu..

Sunday, July 10, 2011

sushi tei: tropicana city mall

hello there!

sekian lama tak meraban2 dengan entry makanan, meh sini nak promote my peberet sushi restaurant ni.

oh, baidewei. i'm no longer working nearby dis tropicana city mall. oleh yang demikian, no more lepak mall asal time lunch la kot. alah, macam la selalu sangat masuk mall tu. restricted by diet lah konon, padahal nak merayap ke mall via underground parking connection pun malas jugak. rajen ober kalau ter-paksa nak cucuk duit sebab ada alliance bank nyer atm kat sini. hoho..

berbalik kepada topik entry, dis is where lah our destination for jalan-jalan cari makan..


entrance view of the sushi tei. gamba of-kos credit to eatlah! bebila jer boleh datang kan, takde pulak rasa nak amik gamba, hehe..

my lunch is specially sponsored by my account, ms chew. tapi sebab orientation agak hampeh, kang letak pun tak best sebab gamba tegak uploaded jadik melintang. so very tak sesuai hokey.. if there's any way boleh upload lagi sekali, will try to do gitu.

in conjunction jugak la for my farewell eceli. farewell yang kontro-besi! my last day, baru sumorang tau it's my last day. so cruel, but yet, have to -lah.

okey2, what we're having for our lunch?? eventually, we took the same set which is seiro soba n sushi mori bento. it's a lunch set provided in a lunch box with partitions.


sumpah tak penah perasan nak makan dis dish, maybe jugak sebab dis is the most expensive bento set kot?? hehe.. n the ultimate reason to choose dis, sebab takder nasik 1 partition like what i always choose in chicken teriyaki cam kat bawah ni:


and so, basically a set will comprise of a miso soup n chawan mushi.


yang dalam black bowl bertutup tu ialah miso soup. yang dalam bowl biru tu chawan mushi. 

 

my peberet lah chawan mushi ni. mesti mauuuu! frens once described it as putih telur yang dikeraskan jadik cam ala2 tofu gitu. n in the bottom of the cup, ada 1 bijik buah ala2 anggur but i really don't know the name. rasa cam pahit2 sket campur cam rasa telur kuning. haa, cebayang cebayang??

so, to the main course! pastilah the bento set kan??


comprise of sushi2 yang banyak tu, macaroni as salad, pickles n soba noodle yang kaler grey-ish tu..

i really2 tak penah come to dis extent of makan sushi. selalu take away all the simple2 types yang easily bought in hypermarkets ke camtu jer. jarang jugak makan bento set, or else take chicken teriyaki, the safest choice. haha.. banyak sangat benda yang ai tak makan kat dalam set tu, tu yang jadik tak berbaloi nanti. haha..

as dis is what i choose, berjaya pulak tu menghabiskan! nampak sangat kebuluran n kene pulak tu dengan taste. like soba noodle, it's my first time. a bit keras kenyal kot nak describe. nampak ala2 kuah atau minyak, maybe it's poured after the soba noodle dimasukkan dalam tu. kot..

macaroni is common. i habiskan jugak bersama salad2 nyer. nyam nyam! the kanan below is california maki. memang tak dan la nak sumbat dalam mulut yang kecik ni kan. but there's ada parts yang i tak makan dalam tu becoz tak tau tu sayur apa. nampak kan yang kaler hijau di dalam tu??

n kanan atas baru ai tau kena makan ngan sweet sauce dia. ada satu udang, belut, salmon n the pink one?? i dunno.. belasah suma. ha, yang daun hijau di bawah tu. itu daun buluh tau, bukan perhiasan jer. hik hik.

so basically, besides a large selection of menus yang boleh dipilih yang datang dengan dat big book, they have this particular choices of lunch set.


only applicable during lunch jer la. the bentos. quite nice n mengenyangkan! like for me, lebih kurang sebulan sekali, mesti datang. time lidah mengidam japanese gitu, heret la sesape lagi buat teman. haha..

antara yang mesti amik kat sushi roller yang pusing2 kat tetengah tu ialah tako.


atas tu ialah ikan, tapi ai tak tau camner nak describe. kadang nampak cam gulung2 sumting, kadang macam bawang goreng pun ada gak. oh, i really taktau nak describe dis food la. makan reti, explain hampehhh.

but for tako, affordable n berbaloi baloi baloi, my choice will be in tako-yaki in jusco shopping mall la. memang rasa amat kalau letak sotong atau belut. memang bestttt.

dis is another peberet!



telur ikan yang menggoda, semestinya! i can muching to dis all day long n get dat pop-pop feeling inside my mouth. haha..

another healthy choice kalau takmo makan bento, u can choose to have dis selection.


12 pieces of sushi dan sangat kenyang perut suka hati! n the price, jangan terkejut gosok2 mata pulak. just rm 8.80 tau before tax. part mana yang cakap tak kenyang tu bila suma ada dat nasik kat bawah tu kan. sesedap pulak tu.

okey lah, mengakhiri entry tetibe nak letak gamba yang di-rai-kan.. the blog owner, konon si gigi lawa. eh, nanti ai tukar balik la nama blog author ni. haha..


perbezaan tak begitu ketara, but yang dapat dilihat. i managed to reduce my weight, lesser around 2-4 kilos lately. dengan kurangnya selera makan, swimming routine. oh yer, another one. senang hati dalam kekalutan dilema yang susah2 ni. 

gonna settle 1 more thing in monday n i'm gonna write an entry tips later. see you guys, beautiful people!!

Sunday, June 12, 2011

suku abad + 1 tahun

dis is my 2nd time trying to post the same entry yang terpaksa dibuat semula. harap2 berjaya upload.

*fuh, fuhhhh. tiup tiup*

"okey suma, 1 abad sama ngan bape tahun???"

seratus cekgu *jerit abam panjang yang dok jongket kerusi sebelah pintu belakang kelas*

"kalau suku??"

ittew bahagi 4, jadik 25 tahun *adik maness bercermin mata tebal jawab malu2*

"tambah lagi 1??"

doploh-enam!! *suara gema2 beralun2 gitu bersahut-sahutan*

itulah umur akak eskem yang dikenali di twitter sebagai domo-kun kengkadang takpun bila tetibe pakai avatat sendiri.

cikgu ada bopren tak ni, ke nak saya ajakkkkk??? *laung si kecik yang dok sebelah tingkap main pemadam*

ehemmmm #bolehlaintroducekalaurerasanyasesuaingancikguyangbukancikgunibukanapacikgumasihsingleminglelagini

kehkehkeh.

suka betul ni buat stail twitter semenjak dua ni bila dah bergiat cergas n ada geng di sana. beware! korang sure akan addicted once betul2 get into it, haha.

merepek banyak ni lambang kecelaruan pikiran tuan punya blog ah.

mari kita meneruskan perjalanan kepada intipati blog, hoho.

first n foremost, haruslah dimulakan ngan hadiah pertama yang dijejakkan oleh abang posmen kita. hesh, ini memang paling awal gitu ah. memula dah ter-bajet kad jemputan kawen yang bakal tuan punya blog menjadi pengapit, tapi not yet. tettttt.


yang ni, mokcik sharipah yang bagi. jauh dari perak dengan pos laju gitu. mekasih bukk. she's currently selling dis stuffs, so korang boleh cek-kid-daut her blog in order to purchase ek?? takkan-la ai nak ajar step seterusnya kan?? oh yer, she is younger a month than me n dah update blog untuk hari kejadian pun while me, tunggu after 2 months to do it?? magadddd. kehkehkeh. *cik kak, apa lagi?? sila tingkatkan jualan dah pomot ni, hohoho*

yang ni plak hadiah dari diri sendiri kepada diri sendiri. nak buat camner, bila dah bekerja ni. taklehla nak harap sumorang nak menyambutnya kan. so, what did i get for myself??


a party round cake from baskin robbins. bersempena bonus sket so wajibulghunnah la untuk meng-spend untuk diri sendiri. and so actually all the clowns ada different flavours n the cake is eskem-kek okey. incident of dis ialah kesalahan menyimpan kek di dalam peti ais kek menyebabkan melt n bermuram durja n pasni nak beli kek lain lah yang ada natural flavour. gonna try out for haagen-dasz la next time. wahh, kemaen! amboi.

i got dis from jenny. a face towel berbentuk swiss-roll pada hari sebelum kejadian. very2 cute dengan buah cherry fake n ribbons. so nice. jap, nak upload gamba sat. tak berjaya. so sorry sorry sorry sorry sorry. dunno what happen nowadays with my gamba upload, asyik terpotong sana sini. spoiler gilerrr.

umm, so sorry. u could see dis un-settled entry. takleh save, takleh hape. *i hetchu.*

okey, sambung balik. *lap-lap-lap my blog*


dis teddy bear is specially chosen by sree's daughter. si sree ni plak new staff in my office n siaplah di-interview by his form-3 girl in order to choose one for me. so suweeeeett. macam tau2 jer i want bebeh for my 26th birthday ni. woh, dah tua! lol.


gift from gwen. a wallet cum clutch kot. gonna wear it sumday but not today sebab my bags n wallet elok lagi. sekali ngan candy bawah ni!


i never tot it's a candy sampai la tetibe ada semut. jilat sket, manis rupanyer. so noobs, haha.


from rina. met her during kl bookfest where i borong bebanyak buku hlovate n met nizambakeri, the author of pecah. once wrote about him earlier in the blog! oops, i mean about his latest novel lah.


dis bracelet ketip-type is from ms lee. an ole2 from bangkok, which given on the day of my hari kejadian. so, bolehla kita consider as birthday present. yer dak??

i got dis jewelery box, given by yvonne. tapi sebab blogger's problem yang takleh nak upload gamba n rosak my gamba2 bila dah uploaded ni telah menyebabkan ke-tak-jadi-an lah. nak buat camner. huhu..

yang ni from jalan tar.



white tudung! tau2 jer cik rose ni bagi hadiah ni kan. ehehe. i absolutely gonna wear, coz my peberet tudung must be white. summore banyak baju leh masuk putih kan, dat's why berlambak gamba pun pakai tudung putih. not the same okey, suma lain2 jenis n bling2. haha.



last but not least. a domo-kun for myself. dis is my avatat in twitter actually. sekarang selalu tido ngan domo. *awhhhh, co cuweettt o.O *

my hope for my 26th birthday is to be a better me in every aspects. sekali ngan merealisasikan my dreams before 30 yang written awal tahun ritu. but first n foremost, musti siapkan my new project soonest!! yeay!.

for those yang wish, tengs a lot for all. the same for those yang bagi presents ni. tua2 pun eligible for birthday presents *kof kof*. happy life everybody!!

Sunday, April 24, 2011

pecah: khairulnizam bakeri

percubaan pertama menulis review buku.. but basically, takder la nak bagi sinopsis segala kan.. nanti spoil the suspens plak dah.. hehe..


but well.. dis is a worth novel to read on..

actually cam dah agak lama tak membelek novel melayu di pasaran.. walaupun mak pengumpul terbitan alaf 21, norhayati berahim n pts segala.. rasanya, ada lah beberapa tahun stop reading kot..

entah macamana mula berjinak2 kembali pun tak tau.. tapi rasanya pengaruh twitter kot kuat sangat.. new to dis tweet things, but sumhow ada la yang femes2 tu di-follow n membawa kepada twitter pemilik novel ni, iaitu @nizambakeri..




as dis novel is one of the three penerbitan sulung buku fixi, the launch telah diwar-warkan dengan kerap di timeline.. googled n decided to go to the annexe gallery after arrange for a twitup with penulis blog yang terkenal iaitu tehtarikgelasbesar.. sempat bagi ole2 from egypt tanda perkenalan.. hoho..

oh yer, sedikit bantuan untuk direction ke annexe gallery -lah.. it is located di belakang central market atau pasar seni.. it is actually another building di belakang central market tu.. in order to reach there, u have to enter the central market from the main entrance.. jalan terus sampai ke pintu belakang, jangan belok2 yer.. once sampai, dah nampak pun annexe gallery tu.. suatu bangunan bertingkat {3 tingkat kot}.. tak susah la nak ke sini..

meh, bagi bayangan sket untuk novel ni.. korang boleh baca chapter pertama yang dipapar secara percuma di website buku fixi ni..

i never been to a book launch before n dis is the very first time with sumkind independent new publisher lah kot.. takder vip, takder jamuan berat segala.. ada ucapan khas from the writer themselves to promote their masterpiece.. amir muhammad meng-invite the readers to come in his blog..


i didn't wait long here.. sempat lah dengar berpatah-patah kata from the writers sambil shopping all three novels before jumpa nami tehtarikgelasbesar.. bergegas balik ke stesen kuala lumpur.. i'm just not too brave to be in the dark place of mine sini.. tak sempat nak berkenalan ngan penulis ni pun sebab i segan, really shy.. adehh..

as informed earlier, takmo spoil the surprises in dis novel..

dis is a thriller genre of novel berbahasa melayu.. kosa kata yang luas.. perkataan yang digunakan sangat rare, memang tatabahasa yang cukup kaya.. oh yer, encik obefiend pernah review sket in his blog before dis.. just be ready to experience a whole new world of adventure lah dalam citer ni.. dan banyak kejutan yang agak luar biasa jugak.. tapi dengan syarat, concentrate n focus lah.. jangan lompat2 cerita n lari sana sini.. if not, agak susah nak memahamkan citer ni..

another thing, banyak perkataan yang tak difahami dalam novel ni.. perkataan melayu, tapi mungkin kita tak pakai dalam kehidupan seharian n kena bukak kamus dewan kot.. lacking dis, i banyak memahamkan by matching the similarity n agak2 dalam konteks ayat tu.. setiap bab pendek, tapi padat..

bahasa yang digunakan memang dekat dengan diri.. formal, but detailed n biasa dengan bahasa percakapan sehari-hari..

contoh during take-away kat mcd.. sounds familiar, tak??

"can i have your order?"
"ah ya. bagi saya ayam goreng, satu large, satu medium."
"itu saja, encik?"
"itu saja."
"boleh amik order kat depan, ya."

teknik penyamaran yang tak disangka2..

perancangan rompakan yang superb..

kaitan antara semua watak yang terlibat dalam penceritaan ini..

watak anak2 perempuan ditampilkan begitu manja dan patuh, iaitu sarah dan hanis..

i fall in lurve with the arrangements of the characters, plot rompakan dan cara mereka mendapatkan alibi..

a must read novel ni..

i've promote dis, as promised with @nizambakeri last nite pun.. eh, agak tunggang-langgang la sekarang nak menyeimbangkan my online n offline readings.. my time sekarang pun lebih banyak membaca di blog, menjelajah blogsphere.. perhaps next offline's with kougar lah..

it is never too late to start ur readings.. tak rugi pun, more knowledge ahead.. enjoy reading suma!!

Sunday, March 20, 2011

egypt trip: tahrir square

dis will be the first post to start deretan entries on our egypt trip sebulan lepas lah kira.. tapi boleh tak kalau nak promote sket terlebih dahulu?? hihi..

ai already started to tweet.. so boleh la meng-follow ai di twitter.. @gha_sudin28.. hoho.. my scribbles lebih tertumpu sini lah for 140 characters of quick mini-blog gitu.. takder la banyak follower pun sekarang.. follow orang tu lebih banyak.. alah, bukan femes benar ai ni pun kan.. haha..

sambung2..

a bit sedar diri-lah, entry pasal demo di tahrir square ni agak basi la pada masa sekarang.. nowadays in blogsphere, sana-sini sibuk memperkatakan berkenaan nuclear explosion kesan daripada tsunami and earthquakes di jepun.. takziah untuk mereka dan semoga tabah menghadapi keadaan getir di sana.. and actually in my opinion, mereka lebih perlu diselamatkan, di-evakuasi dan dibawa pulang ke malaysia berbanding keadaan di mesir tempoh hari.. radiation leakage is very dangerous, due to benda yang kita tak nampak.. summore high risk of effecting the dna of cells to mutate suma.. really need to learn from the chernobyl tragedy yang sampai sekarang ni masih nampak lagi kesan kepada generasi2 yang hidup berpuluh tahun selepas kejadian tersebut..

haishh.. panjang plak dah intro nyer ni.. memilih gamba untuk di-watermark pun belum.. hoho..

oh yer.. kalau nak membayangkan keadaan di cairo.. keluasan cairo ialah lebih kurang sebesar kuala lumpur.. populasi penduduk yang menetap di cairo sahaja lebih kurang penduduk seluruh malaysia.. dengan ketumpatan begitu, bayangkan sahaja-lah senang2 jer nak mengumpulkan satu juta orang untuk demonstrasi di tahrir square tu.. bukan lah petik jari terus dapat.. tapi senanglah kekdahnyer..

another info yang penting untuk diketahui.. tahrir bermaksud kebebasan.. tahrir square bermaksud dataran merdeka.. kalau dataran merdeka di kuala lumpur tu nak dijadikan comparison, haaa, lebih kurang lah tu.. sebuah dataran yang besar tanpa rumput, dengan bangunan2 kerajaan di sekitar2nya.. but still, dataran tu berada di tengah2 gitu.. bangunan, walaupun di sekitar, tak berapa jauh la..

not too long after we back from hurghada, kami sempat menyinggah di dataran ni untuk bersama2 penduduk mesir melakar sejarah.. {ayat nak power jer, yer dak?? haha}.. eh, actually pagi sampai lah ke petang tu menghabeskan hari ber-shopping.. macam tak cukup penat kot, gerak pulak ke tahrir selepas asar.. tapi disebabkan entrance jalan depan ke tahrir dikawal oleh tentera ber-kereta kebal dan agak susah nak masuk, ayep choose to bring us using the back-entrance.. bila pakai jalan belakang ni lebih jauh la gitu.. how to say, kalau ikut jalan depan maybe 15 minit berjalan kaki.. tapi pakai jalan belakang setengah jam kot.. experience kan, takper..



menyusuri tepi sungai nil.. berjalan di depan bangunan2 embassy.. depan embassy ni pun ada tentera jaga.. walaupun ada bangunan2 yang mempunyai reka-bentuk menarik, tapi tak dan la nak amik gamba.. tak pasal kene rampas my aino plak.. hoho..

 

sempat bergambar depan grand hyatt cairo.. tepi sungai nil jer ni.. nampak kan binaan ala2 separuh bulatan di atas tu?? itu restoran berputar kalau tak silap..


oh yer.. plan asalnya ialah nak naik bot malam ala2 river cruise gitu di sungai nil ni.. tapi tetiber plak jalan kaki ke tahrir.. green lite pun dapat daripada mak yang sakit kaki berjalan seharian.. bertiga-tiga lah kami ke arah dataran merdeka cairo..


haa.. nampak kan jalan/jambatan belakang sebelah kanan ni?? itu lah jambatan yang selalu diulang-tayang dalam berita pasal demo di tahrir tu..

sat naa.. nak letak water-mark dulu.. {poyo}.. {eh, mahal ni gamba2 ni.. haha..}

post ni memang banyak gamba la yer.. sabor jer lah.. hehe..

 

terkezut tak dengan gamba keter dibakar ni?? keter polis jer pun yang di-aim kat sini, takder lain lah.. yang berkaitan dengan polis jer yang tak disukai rakyat..

 

di hujung jambatan tahrir tu, ada singa2 ni.. sempat candid sekali.. dengan khusyuk.. jem yang amat atas jambatan.. guarded lagi oleh askar2 dan keter kebal..


ingat kan dalam entry dulu sebuah kereta yang penuh dengan bendera2 egypt?? makhluk kecik comel ni lah yang dok kat bonet belakang.. memula nangis melalak2, tapi senyap plak pas suma orang dok amik gamba si kecik ni.. menyengih jer..


 lebih kurang pintu masuk from singa atas tadi tu.. ramai nampaknyer yang berkerumun..


ramai2 beratur dengan tekun menuju ke pintu masuk tempat demo.. 



dekat dah ni.. in-person gitu jumpa keter kebal.. takder la beria sangat nak menyentuh.. tapi dah siap kene warn ngan ayep jangan amik gamba.. tau2 jer lah, my aino tak lepas dari tangan.. tak pasal jer my journey log-based on my camera album kene rampas.. naya tuh..

berjaya masuk dah!! dengan kawalan keselamatan yang ketat.. memang adik-beradik tak lepas tangan gitu.. takut plak terhilang dalam lautan umat manusia ni.. gamba bawah ni, pemeriksaan badan untuk guys..


shocked sekejap bila belah muslimah menarik ai dan ika ke tepi sambil mumble2 arabic.. ayep plak jauh nampaknyer.. kitorang memang nampak konfius kot, then diorang just cakap "show your passport" yang difahami.. cek2 pasport dan cek badan, dan kami dilepaskan untuk menjoin di dalam.. as informed earlier, untuk memastikan no violence brought inside dis area lah..takder senjata n barang2 berbahaya allowed to bring in..

stepped in selepas checking2 tadi, sekumpulan guys menyambut kedatangan para tetamu dengan bernyanyi dan menari2.. "ahlan wa sahlan" segala.. ala2 sambutan vvip di tengah2 jalan.. surprise jugak ni..

and so the rest pictures show the actual situation in the tahrir square..



 
 
 

 
 
 
 
 keramaiannyer..


 

para pendemo yang melaung2kan kata semangat dan mengajak sekali para perhimpun untuk bersama2 men-join..


foreigners pun ramai yang datang.. yang formal attire pun ada ha sini.. tak masuk lagi single lady.. so, tang mana yang berbahaya sangat tu??



kaum muslimah pun tak dilupakan..


ada yang berdiri atas tiang traffic lite jugak tu..












a lot more of signs, papan2 tanda n banner.. semua memang sporting lah, tak kesah langsung nak amik2 gamba ni.. their favourite gitu lah..



bukan adult jer, budak2 kecik pun tak kalah dengan protes mereka..


see, see.. itu lah helikopter yang dok berlegar2 atas dataran ni.. dat's why lah kita tengok dalam berita macam violence sangat.. padahal takder mende pun bagi yang berada di sini..

oh yer, if tak silap, 2 days after kitorang berkunjung sini, ada jugak pasangan mempelai yang menjalankan akad nikah mereka di dataran ni.. memang perhimpunan aman lah kat sini..






sama2 memeriahkan suasana..

 

ada jugak yang mengambil kesempatan berniaga di tengah2 kawasan demo ni.. yang jual teh la, makanan ringan.. makaronah pun ada kot untuk melapik perut..

sempat amik gamba berlatar-belakangkan muzium cairo..


kami bergerak balik ketika para pendemo bersolat isyak di tepi jalan.. berjemaah beramai2 di situ.. 

 

tak dilupakan, pernah jugak satu ketika di dataran ini, di mana pihak kristian mengawal keadaan ketika pendemo menunaikan solat jumaat.. dan pihak muslimin pula menjaga kawasan ketika orang2 kristian menunaikan ibadat mereka pada hari ahad.. rare tu..




sinilah jalan kuar from dataran ni.. memang tak clash gitu.. tersusun kuar-masuk sini.. takder nak susah2 pikir..

selepas entry ni, part mana lagi yang masih konfius dengan keganasan perhimpunan di dataran merdeka cairo, tahrir square?? meh habaq, meh.. hoho..