ai already started to tweet.. so boleh la meng-follow ai di twitter.. @gha_sudin28.. hoho.. my scribbles lebih tertumpu sini lah for 140 characters of quick mini-blog gitu.. takder la banyak follower pun sekarang.. follow orang tu lebih banyak.. alah, bukan femes benar ai ni pun kan.. haha..
sambung2..
a bit sedar diri-lah, entry pasal demo di tahrir square ni agak basi la pada masa sekarang.. nowadays in blogsphere, sana-sini sibuk memperkatakan berkenaan nuclear explosion kesan daripada tsunami and earthquakes di jepun.. takziah untuk mereka dan semoga tabah menghadapi keadaan getir di sana.. and actually in my opinion, mereka lebih perlu diselamatkan, di-evakuasi dan dibawa pulang ke malaysia berbanding keadaan di mesir tempoh hari.. radiation leakage is very dangerous, due to benda yang kita tak nampak.. summore high risk of effecting the dna of cells to mutate suma.. really need to learn from the chernobyl tragedy yang sampai sekarang ni masih nampak lagi kesan kepada generasi2 yang hidup berpuluh tahun selepas kejadian tersebut..
haishh.. panjang plak dah intro nyer ni.. memilih gamba untuk di-watermark pun belum.. hoho..
oh yer.. kalau nak membayangkan keadaan di cairo.. keluasan cairo ialah lebih kurang sebesar kuala lumpur.. populasi penduduk yang menetap di cairo sahaja lebih kurang penduduk seluruh malaysia.. dengan ketumpatan begitu, bayangkan sahaja-lah senang2 jer nak mengumpulkan satu juta orang untuk demonstrasi di tahrir square tu.. bukan lah petik jari terus dapat.. tapi senanglah kekdahnyer..
another info yang penting untuk diketahui.. tahrir bermaksud kebebasan.. tahrir square bermaksud dataran merdeka.. kalau dataran merdeka di kuala lumpur tu nak dijadikan comparison, haaa, lebih kurang lah tu.. sebuah dataran yang besar tanpa rumput, dengan bangunan2 kerajaan di sekitar2nya.. but still, dataran tu berada di tengah2 gitu.. bangunan, walaupun di sekitar, tak berapa jauh la..
not too long after we back from hurghada, kami sempat menyinggah di dataran ni untuk bersama2 penduduk mesir melakar sejarah.. {ayat nak power jer, yer dak?? haha}.. eh, actually pagi sampai lah ke petang tu menghabeskan hari ber-shopping.. macam tak cukup penat kot, gerak pulak ke tahrir selepas asar.. tapi disebabkan entrance jalan depan ke tahrir dikawal oleh tentera ber-kereta kebal dan agak susah nak masuk, ayep choose to bring us using the back-entrance.. bila pakai jalan belakang ni lebih jauh la gitu.. how to say, kalau ikut jalan depan maybe 15 minit berjalan kaki.. tapi pakai jalan belakang setengah jam kot.. experience kan, takper..
menyusuri tepi sungai nil.. berjalan di depan bangunan2 embassy.. depan embassy ni pun ada tentera jaga.. walaupun ada bangunan2 yang mempunyai reka-bentuk menarik, tapi tak dan la nak amik gamba.. tak pasal kene rampas my aino plak.. hoho..
sempat bergambar depan grand hyatt cairo.. tepi sungai nil jer ni.. nampak kan binaan ala2 separuh bulatan di atas tu?? itu restoran berputar kalau tak silap..
oh yer.. plan asalnya ialah nak naik bot malam ala2 river cruise gitu di sungai nil ni.. tapi tetiber plak jalan kaki ke tahrir.. green lite pun dapat daripada mak yang sakit kaki berjalan seharian.. bertiga-tiga lah kami ke arah dataran merdeka cairo..
haa.. nampak kan jalan/jambatan belakang sebelah kanan ni?? itu lah jambatan yang selalu diulang-tayang dalam berita pasal demo di tahrir tu..
sat naa.. nak letak water-mark dulu.. {poyo}.. {eh, mahal ni gamba2 ni.. haha..}
post ni memang banyak gamba la yer.. sabor jer lah.. hehe..
terkezut tak dengan gamba keter dibakar ni?? keter polis jer pun yang di-aim kat sini, takder lain lah.. yang berkaitan dengan polis jer yang tak disukai rakyat..
di hujung jambatan tahrir tu, ada singa2 ni.. sempat candid sekali.. dengan khusyuk.. jem yang amat atas jambatan.. guarded lagi oleh askar2 dan keter kebal..
ingat kan dalam entry dulu sebuah kereta yang penuh dengan bendera2 egypt?? makhluk kecik comel ni lah yang dok kat bonet belakang.. memula nangis melalak2, tapi senyap plak pas suma orang dok amik gamba si kecik ni.. menyengih jer..
lebih kurang pintu masuk from singa atas tadi tu.. ramai nampaknyer yang berkerumun..
ramai2 beratur dengan tekun menuju ke pintu masuk tempat demo..
dekat dah ni.. in-person gitu jumpa keter kebal.. takder la beria sangat nak menyentuh.. tapi dah siap kene warn ngan ayep jangan amik gamba.. tau2 jer lah, my aino tak lepas dari tangan.. tak pasal jer my journey log-based on my camera album kene rampas.. naya tuh..
berjaya masuk dah!! dengan kawalan keselamatan yang ketat.. memang adik-beradik tak lepas tangan gitu.. takut plak terhilang dalam lautan umat manusia ni.. gamba bawah ni, pemeriksaan badan untuk guys..
shocked sekejap bila belah muslimah menarik ai dan ika ke tepi sambil mumble2 arabic.. ayep plak jauh nampaknyer.. kitorang memang nampak konfius kot, then diorang just cakap "show your passport" yang difahami.. cek2 pasport dan cek badan, dan kami dilepaskan untuk menjoin di dalam.. as informed earlier, untuk memastikan no violence brought inside dis area lah..takder senjata n barang2 berbahaya allowed to bring in..
stepped in selepas checking2 tadi, sekumpulan guys menyambut kedatangan para tetamu dengan bernyanyi dan menari2.. "ahlan wa sahlan" segala.. ala2 sambutan vvip di tengah2 jalan.. surprise jugak ni..
and so the rest pictures show the actual situation in the tahrir square..
keramaiannyer..
para pendemo yang melaung2kan kata semangat dan mengajak sekali para perhimpun untuk bersama2 men-join..
foreigners pun ramai yang datang.. yang formal attire pun ada ha sini.. tak masuk lagi single lady.. so, tang mana yang berbahaya sangat tu??
kaum muslimah pun tak dilupakan..
ada yang berdiri atas tiang traffic lite jugak tu..
a lot more of signs, papan2 tanda n banner.. semua memang sporting lah, tak kesah langsung nak amik2 gamba ni.. their favourite gitu lah..
bukan adult jer, budak2 kecik pun tak kalah dengan protes mereka..
see, see.. itu lah helikopter yang dok berlegar2 atas dataran ni.. dat's why lah kita tengok dalam berita macam violence sangat.. padahal takder mende pun bagi yang berada di sini..
oh yer, if tak silap, 2 days after kitorang berkunjung sini, ada jugak pasangan mempelai yang menjalankan akad nikah mereka di dataran ni.. memang perhimpunan aman lah kat sini..
sama2 memeriahkan suasana..
ada jugak yang mengambil kesempatan berniaga di tengah2 kawasan demo ni.. yang jual teh la, makanan ringan.. makaronah pun ada kot untuk melapik perut..
sempat amik gamba berlatar-belakangkan muzium cairo..
kami bergerak balik ketika para pendemo bersolat isyak di tepi jalan.. berjemaah beramai2 di situ..
tak dilupakan, pernah jugak satu ketika di dataran ini, di mana pihak kristian mengawal keadaan ketika pendemo menunaikan solat jumaat.. dan pihak muslimin pula menjaga kawasan ketika orang2 kristian menunaikan ibadat mereka pada hari ahad.. rare tu..
sinilah jalan kuar from dataran ni.. memang tak clash gitu.. tersusun kuar-masuk sini.. takder nak susah2 pikir..
selepas entry ni, part mana lagi yang masih konfius dengan keganasan perhimpunan di dataran merdeka cairo, tahrir square?? meh habaq, meh.. hoho..
0 comments:
Post a Comment