Pages

Friday, April 16, 2010

kuih pau

kelas memasak kita disambung lagi today.. hoho..

kali ni, kita buat kuih pau yer..

recipes taken from mamak dan mami.. tapi rupanyer selepas dibelek2 oleh my mum, she already having the same recipe dah bertahun2 lamanyer since kitorang bebudak lagi.. cuma, dah lama tak buat.. so tak aware pun.. but anyhow.. credit to mami for the recipes yer..

p.s: i only try the safest recipes.. resipi yang orang dah try dan menjadi.. not really into try-n-error.. huhu..

setelah selesai men-transfer gamba, kita teruskan dengan resipinyer yer.. hehe..

bahan2:

250 gram tepung gandum
15 gram fresh yeast
1/2 sudu kecik garam
2 sudu kecik baking powder {tengok betul2 yer dis one, jangan silap}
3 sudu besar gula
2 sudu minyak
125 ml air suam

cara2:

memula sekali, ayak tepung ke dalam mixing bowl..


masukkan garam {sori gamba ni menegak pulak}..


masukkan baking powder {sori gamba ni menegak jugak}..


masukkan gula..


kacau bahan2 tadi dengan sudu supaya bahan2 tu tersebar rata dalam mixing bowl..

next, buatkan lubang di tengah2 mixing bowl tu..


fresh yeast yang telah ditimbang..


masukkan yis di tengah2 lubang tu..


masukkan 3/4 air ke dalam lubang tu dan boleh la start menguli suma bahan2 tu..


masukkan minyak dan sambung menguli lagi..


kalau adunan tu terasa kering sangat, kita tambah air suam tadi yer.. tapi kalau terasa2 lembik pulak, kita kene tambah tepung lagi.. pastikan adunan tu dalam keadaan baik.. iaitu, tak melekit sangat kat jari tapi lembut gitu bila diadun..

for a safer way, boleh la diuli dengan mesin yer..


hasilnyer gini la selepas diuli..


adunan yang siap tu, kita tutup dengan towel dan biarkan selama setengah jam dan lebih supaya adunan tu naik cantik..


actually, kalau kita biarkan lebih lama pun okey.. sebab semakin lama dibiarkan, adunan akan semakin kembang dan semakin geram.. hoho.. kalau nak tinggalkan semalaman pun okey jugak..

selepas tamat tempoh menunggu tu, boleh la dicubit2 kecik adunan tadi dan dibuat bulat2.. seterusnya, digelek2kan dengan roller supaya nipisnya sekata jer.. sebelum letak adunan, kita taburkan sket tepung.. tepung ni untuk bagi gebu kat kulit pau nanti.. tepung tu kira tabur2 sket setiap kali nak gelek la gitu..


letakkan inti di tengah2 pau tadi.. like my one, i letak inti kelapa.. inti kelapa nyer resipi takder sini yer.. kalau ader request baru akan di-upload sebab not done by me.. hoho.. kalau dis size of pau, boleh letak 1 sudu besar inti kat tengah2 tu.. tapi jangan bagi over loaded sangat yer.. ni bukan pizza 10 layer tu.. hoho..

macam ni..


then kita tutup pau tu yang kelihatan cam sup bunjut tu.. terus letak dalam keadaan terbalik di atas kertas atau daun pisang.. jangan lupa tabur2 sket tepung dan usap2 sket tepung tu di atau kulit pau tu yer.. untuk lapik pau ni, i use daun pisang yang dah dipotong kecik2..

kalau mengukus dalam loyang sebelum dimasukkan dalam periuk kukus, kene pastikan ruang dia jauh2 sket yer.. sebab dia akan mengembang besar jugak.. so nanti terhimpit pulak dalam loyang.. nanti tak cantik tumbesarannya..


di tepi loyang dalam pinggan tu, nampak kan daun pisang yang dah dipotong kecik2 tu?? hoho..


macam ni ala2 hasilnyer nanti.. sebab tu kita kene jarakkan pau sebelum dikukus tadi yer..


dis one, kitorang kukus cara manual yer.. bukan pakai periuk kukus.. bagi yang takder periuk kukus pun leh guna cara ni..


tapi pastikan di dalam kuali tu, letak sesuatu yang dapat tinggikan sket loyang sebab kita nak isi air di dasar kuali tu.. then selepas tutup kuali tu, kita letak kain kat tepi supaya wap air yang dikukus tadi tak kuar n melambatkan pau tadi masak..

sedikit tips masakan untuk buat pau ni..

1. kalau berdasarkan resipi mamak dan mami, fresh yeast yang digunakan ialah 12 gram untuk 1 adunan.. tapi kita boleh genapkan samada 10 gram atau 20 gram.. okey jer, takder masalah..

2. untuk resipi yang menggunakan serbuk penaik, kita kene pastikan jenis serbuk penaik yang digunakan tu.. samada fresh yeast atau yeast kering.. samada baking soda atau baking powder.. kesilapan dalam menggunakan baking soda atau baking powder akan memberi kesan kepada rasa makanan yang kita sediakan nanti.. sesetengah lidah dapat merasa baking soda/powder ni kalau terlebih/tersilap guna bahan..

3. air suam tu boleh digunakan suma, tapi kene tambah tepung dengan lebih banyak la pastu.. but it's okey.. sebab nanti bila kita uli pun, akan guna lebih banyak tepung untuk menggebukannyer lagi..

4. sekiranya kita kurangkan sukatan baking powder, ini akan menyebabkan adunan tak dapat naik cantik dengan cepat.. kalau mengikut resipi diperlukan setengah jam untuk adunan naik sebelum diisikan inti, kita akan memerlukan lebih daripada sejam untuk mendapatkan hasil yang sama..

5. untuk mengukus pau, sebaik2nya kita didihkan sebentar air kukus tu sebelum memasukkan loyang berisi pau ke dalam periuk kukus.. hasil daripada amalan ni membolehkan kita menjaga masa yang konsisten untuk memasak pau..

6. untuk mengetahui samada pau yang dikukus telah masak atau tidak, kita perlu lihat berdasarkan keadaan fizikal pau tu.. sekiranya kulit pau nampak berkilat2, tidak syak lagi dan boleh diangkat tanpa was2.. tapi kalau kulit tu nampak tak cantik, suh jer dia dok dalam periuk kukus tu dulu.. sabar yer kalau nak makan pun, hehe..

outlook for my pau.. 3 bijik jer dalam piring.. ni bukan hidden mickey terbalik.. hoho..


my 1st try menggunakan hanya 1 adunan dan dapat menghasilkan sebanyak 11 bijik pau.. tapi saiz tak sama, ketebalan tak sama dan masak pun tak sekata sangat.. ader tepung yang kurang masak.. hoho..

but my 2nd attempt yang menggunakan 2 adunan dapat menghasilkan 19 bijik pau.. tapi dengan saiz dan ketebalan yang lebih kurang sama la gitu.. mak cakap kalau nak tau betul2 berapa boleh dapat, we have to timbang setiap bulat2 kecik untuk tau.. huhu..

oh yer.. terlupa pulak nak inform.. kukus tadi selama 10 hingga 15 minit.. sedang elok la tu..

to mami.. dis one memang credit for u.. thanks for the recipe sangat2..

today buat mi rebus muar, tapi takmo letak kat blog la.. haha.. wait for another recipe of my croissant.. coming for my next2 entry, kalau berjaya dengan best nyer.. hoho..

0 comments: