Pages

Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

hotel sms: sg petani

Quick! Quick!

Moh le meng-updet belog lagi selepas sekian lamanya. Hohoho..

Last time, update about El-Zahraa Inn di Sungai Petani Utara. Dis time, another bajet hotel di Sungai Petani Selatan pulak.

Located not really far from Northern Lodge Hotel. Specifically is the same area with this previous budget hotel lah.

Direction memang mudah! Dari PLUS Hiway, korang amik exit Sungai Petani Selatan. Lepas bayar tol, korang akan jumpa satu traffic light. Masuk kiri. Dan simpang pertama selepas traffic light yang ada pam minyak Caltex/BHP (kalau tak silap), masuk kiri lagi. Hotel ni akan berada di sebelah kanan. Simpang pertama akan tertulis direction ke Northern Lodge Hotel. Korang masuk simpang kedua, depan sket. Nanti korang akan jumpa signboard hotel ni:


Jangan nak high expectation sangat lah. Kata nak bajet hotel kan. So kita buat cara bajet hotel.

Apparently ai slept better di hotel ni, yang much-much cheaper than previous hotel dengan kemudahan yang lebih complete. My choice is 1 katil besar, macam biasa. Tinggal sorang kan, harus lah afdal bergolek-golek tanpa had gitu.


Just feel like home! But obviously lah, home sweet home. No better place to sleep rather than umah sendiri, katil sendiri kan? Hehe..


Ada seat sebelah katil dengan coffee table. Rasanya sebelah kerusi tu meja-trolley-type kot. Too tired merayap kot. Letak jer kunci keter n hotel segala, dah tak tengok sampai nak check-out esoknyer. Kehkeh.


Walaupun hotel ni still pakai tv gabak ni, but the Astro reception is super-duper clear! All the Family Package Astro ada lah. Masa lepak sini lah yang ai dok layan House, my bopreng dan The Kitchen Musical, kegilaan terbaru. Demmm. Memang lepas ni ai sebok dok tengok tv la compare layan tenet. Haha..

Ada mini fridge di bawah tv. Ada Astro yang paling penting. Ada DVD player. Ada heater. Ada titbits, tapi yang ni bukan free lah. Kena bayar. Tapi takyah la berat punggung sangat kot. Belakang hotel ni ada Parkson haaa.. Banyak lagi choices kalau nak makan jajan segala neh. Hoho..

Yang ni toilet. Emm.. Kalau gamba rosak, ai akan update semula bila gamba tu ada balik. Means, dalam recycle bin kat kompiter opis. Susah benar nak upload gamba kat kompiter rumah. Gamba crashed. Teruk! Tu yang jarang-jarang nak update blog lately. Sebab mood update telah dipotong oleh keterukan gamba yang di-upload. Sucks wehhh!


Walaupun kecik tak cinonet sangat toilet nyer. Tapi heben! Ai tweet sumting about hot shower sejam lebih kot dat nite. Fresh sungguh!! Water heater memang berfungsi dengan baik. Facilities lain pun okey. Just kalau apape jatuh ke lantai, lubang bilik air tu takde penutup. So pandai-pandai la jaga belonging such as cincin ke mandi tu key?


Ritu ai said sumting about parallel of tv n plugs kan? Macam ni lah. Ai boleh tengok tv, dan pada masa yang sama boleh online tenet. Cenggini haa.. Ai rasa la.. Gegirl ni memang boleh multi-tasking kalau bukan bab mulut. Dis one is all combination between sight, hearing n typing. Mata tengok tv, tengok skrin leptop. Dengar bunyik tv. Jari-jari tak berapa runcing ai ni main twitter tak lepas. Fuhhhh!

Sebut pasal leptop. Wi-fi connection is okey. Tapi less reception lah, tak full bar. Ada password, tapi connect jer tanpa type password. Hihi..

Another one. Dis room takde fon dalam bilik. Receptionist akan call via hempon terus to remind ur check-out suma. Kalau rajen macam ai (konon), turun bawah terus. Kemain malas nak calling-calling.

Iron? Iron di luar, tingkat atas. Public lah. Dia letak iron dan iron-board sekali. Takde hantar-hantar bilik segala. Dan tak perlu rembat bawak masuk bilik pun. Dis is definitely not a big problem for me lah. Bukan pakai iron sangat pon.


Meja receptionist di tingkat bawah. To check-out, dia akan terus kemas bilik angkut cadar-cadar segala, then baru proceed on refunding the deposit. Ai pon takde amik apape from their titbits, so takde hal lah.

Info hotel macam biasa:

Hotel Name: Hotel SMS

Address: C 102, Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah

Tel: 04-431 1086

Fax: 04-448 0697

Website: dwifigroup.com

Eceli, ai plan to stay in D'Wifi Hotel yang area tengah-tengah, tak jauh from Cinta Sayang. Tapi sebab dah takde kosong for bilik katil besar, tu yang sampai ke sini tercampaknyer ai ni. Next time lah, key??

Lagi satu, my room cost me RM 67.00 only. Time check-in kene bayar lagi sekali ganda for the deposit yang di-refund masa check-out. Dah bagitau kat atas tadi kan? N my room is located atas lobby area ni, memang senang nak tengok my baby fofi yang parking depan hotel ni.

Budget hotels like dis, room rate ialah tak sama. It is fixed, u can see from the room plans yang siap letak harga. Just it depends on the size of the room lah. Fair n square. Boleh tak?


Have a seat dulu. Ai sibuk pindah-pindah barang. Dan sebok arrange-arrange for another meeting to get my pasembor. Jumpa sekejap, before beli ayam doleng kat Radix Fried Chicken di Sungai Petani Utara dan terus lah masuk ke PLUS Hiway semula!

Ai like dis hotel, much better than my first day of stay during dis trip. Simple n sweet. Kekekek..

P.S: Dah lima hotel di Sungai Petani ai tulis dalam blog ni. Hah, boleh la jadik duta Sungai Petani. Gituuuu~~ Kekekeke

Saturday, October 29, 2011

el-zahraa inn: sg petani

Hotel entry! Hotel entry!

Planning yang dok bertukar-tukar continuously, ended up in Sungai Petani lah. Calm place for me, yang akan pegi once a year. Meh bocoq satu rahsia. Kalau rerasa ai nak lari dari umah, ai datang sini lah. Boleh gitu, hoho..

Celebrating someone's birthday, masuk dalam tentative padahal tak kuar duit sendiri pun. Eh, cane tu? Hihi..

Dengan tanpa membuang masa, introducing~


Hotel HPA. El-Zahraa Inn. 

Cane nak pegi? This hotel is located in Sungai Petani Utara. Specific ialah di Lagenda Heights, berdekatan dengan Tesco Sungai Petani Utara.

Let's say kalau korang from PLUS hiway, please use exit Sungai Petani Utara yer. Boleh kalau nak pakai exit Sungai Petani Selatan, tapi korang me-round satu Sungai Petani la jawabnyer nak ke atas ni. 

Keluar dari tol jer, amik the first traffic light ke kiri yang menghala ke Butterworth/Pusat Bandar. Jalan terus. This place akan berada di sebelah kanan korang. Landmark area sini, korang akan jumpa shopping complex The Village Mall di sebelah kanan. Korang kene u-turn di traffic light pertama yang dijumpai selepas Village Mall tu. Then, terus himpit ke simpang ke kiri. Masuk simpang kiri pertama yang nampak OCBC Bank di sebelah kiri dan Old Town White Coffee di sebelah kanan. Jalan sampai hujung, masuk kiri. Jumpa T-junction, masuk kiri. This hotel ialah di antara Bank Islam dan Maybank. So let's say korang lost, then buat another round n datang balik jalan ni. Pusing-pusing jer. Hoho..

Spesifik gitu arah dan hala tuju. Oh baidewei, tempat ni tak susah. Eceli ai jarang sangat datang sini. Still remember la. Dan boleh ingat dengan cepat, don't worry.

Errr.. How to say. Plan tukar last minute. Patutnya stay kat Seberang Perai, tapi changed to here and for 2 consecutive days. Kalau orang lain check-in hotel pukul 2 pm, ai pegi check-in pukul 8 malam. Nampak tak betapa merewangnyer tu. Padahal dah sampai sini around kol 2 petang. Hoho..

Back to descriptions on hotel.


My choice ialah 1 bilik dengan katil besar. Alasan: Tak cukup ruang nak golek-golek. Haha.. Dan stay hotel sorang-sorang, haruslah perasaan tu macam The Boss gitu. Get the whole room for myself. Hoho..

Katil yang empuk dengan comforter yang tebal. Bantal pun best jugak. Tapi, ekon tak cukup kuat. Walaupun on the minimum temperature oredi.


Dis is the entrance view from inside. Hotel ada banyak cermin tau. Sangat banyak dan besar-besar belaka. So macam tak pelik la, walaupun agak kekok asyik nampak diri sendiri jer. Sebbek not all the place. Hoho..

Sebelah kiri tu ialah almari baju. Kesian benar ai ni. Ai bukak sebelah kiri, tapi tak buka sebelah kanan. Hadoi.

Inside, provided beberapa hanger/penyangkut baju. Tak lupa, ada sehelai sejadah, sehelai kain pelikat, sehelai kain batik dan sehelai telekung. Kemudahan bagi traveler muslim. 


Ok. This is rare. Ada jugak disediakan tafsiran Al-Quran. Bagi yang menjadikan sebagai rutin seharian, tak perlulah mengangkut self copy ke hotel. Orait la kan?


Meja mekap, bercermin. Ada seat dan mini-fridge. Small individual heater pun ada, senang nak buat morning or late drinks. Oso, cawan dan gelas. Kang nak buat ayaq, nak letak kat mana pulak kan? Provided jugak air mineral dan beberapa Radix's coffee sachets.


LCD tv, tak tau berapa inci. Ada Astro, tapi don't expect much la. Basic cenel jer. Tv1, Tv2, Tv3, Tv9, 8tv, Ria, Prima, ESPN, NatGeo, Arena, Awani. Muvi cenel suma takde. Reception tak berapa, therefore gamba gegoyang dan tak clear. Mebi dis one thing, boleh improve lagi kot. Just for me, ai not really can tolerate. Sebab ai pegi bercuti, bukan all the time merayap. Lepak dalam bilik lebih banyak, ai need the entertainments. Alot.

Luckily to have an alternative. I brought along ajim's leptop. So online sampai lebam. Pomboleyyy. Wifi connection is okey. Another important criteria a-MUST-have for me. Cuma yang tak best, plug kat belakang. Ai mean, leptop dan tivi is not parallel. Tak boleh one shot tengok leptop dan tengok tivi. Agak terteleng-teleng ke belakang. With choices of cenel yang sangat-sangat minimum dan biasalah rancangan tivi tak berapa nak best hari khamis malam jemahat, ai solely depend on leptop semata. And it kinda bowring.


Bathroom yang panjang, sangat panjang ke belakang dan agak luas. Agak seronot jugak. Toilet with 2 flushing system untuk menjimatkan ayaq. Ai loike. Heater, macam not really functional. Provided sabun, shampoo, especially made by HPA lah. Juga, towel badan dan face towel for two. Cuma yang tak best, apart of heater tadi ialah sistem pengairan dia. Agak bertakung sebentar jugak lah. Like, errr..


As informed earlier kan, hotel ni suka letak cermin. Besar-besar pulak tu. Ni pemandangan di tangga. Senang citer, the whole dinding is mirror. Baru boleh cakap mirror mirror on the wall, who's the fairest of all? Hehe..


Pemandangan tangga. Agak tinggi, mebi ada sedikit curam. So, for those yang susah sket nak naik tangga. Perhaps, consider bilik bawah ke cane.. Hotel ni ada 3 tingkat yer.


Reception area. Katanyer hotel ni berkonsepkan from timur tengah sumting. Owned by HPA = Radix Coffee tu lah. Alot of marmar. Sumting carve. Interior design cantik la omputeh kater.

Info pasal hotel? Tak lupa..

Name: El-Zahraa Inn

Address: No. 75, 76, Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Tel: 04-425 9144

Fax: 04-425 9131

Ada beberapa rules yang agak strict here, including no illegal partners bawak masuk bilik la yer. Dah tulis siap-siap sini. Boleh kata ni hotel islamik la. Kot. Maybe that's explain ke-minimum-an cenel dalam bilik.

Entry ni ditulis agak emo senanye. Most likely sebab ai dah biasa tido hotel bajet tak bajet, so dah boleh consider which n which to have. Bukan lah high expectation sangat. Just rasa macam tak cukup berbaloi la. Dan jugak salah tulis nama ai. Rasanya dah cukup pendek kot nama ai stated in IC tu. 6 huruf jer n still salah. Human error, understood. But not really, err..tolerable.

Another thing is hotel ni takder interkom. So, agak leceh di sana when ai have to call via hempon ni nak tau password wifi. Let alone la kalau nak dihantar iron kan. So, turun naik jugak la from tingkat 3 ke bawah. Dan kene berpakaian lengkap pulak. Tau-tau jela dok sensorang dalam bilik kan, ala-ala seminimum mungkin pemakaiannye. Dan jugak, maybe ai jela kindof yang tidak menutup aurat sepenuhnya. Tak pakai tudung labuh. Pakai lengan pendek, jeans segala. Well..

Ahh.. Got a complimentary breakfast yang bernilai RM 4.00. Stated yer kat kupon tu. Kalau more, kene topup duit sendiri. Makan kat restoran sebelah tu. Acetengok gamba pertama tadi, ada Restoran Organic Recipe. Ai choose ketiau goreng yang kemelampauan banyak ngan telur sambal, and it costs only RM 2.50. Saving-saving sket di sana.

Ehem. Jarang kot minum air suam bekpes pepagi. Kat restoran ni, takde air selain Radix punyer yer. Sebab tu ai minum air suam sebab tak dapat teh o ais. Huk huk. Take note eberibadeh.

Onwards, my hotel entries memang tak sama macam dulu kot. Previous ada advantages and disadvantages kan. Dis time around, boleh get straight from the paragraphs, unseparated.

Maybe alot la boleh improve lagi with this hotel. Kater nak tolong Melayu, kan. How to say, if ai can get much-much more facilities and better with less price paid compare to here. Yelah, walaupun stay free kat sini sebab owang lain support, but still ni emo entry. Muahahaha.. *matila kene ban lepas ni*

Receptionist. Lenkali jangan let the customer to wait for so long. Okey?

Dan jugak halwa telinga pepagi sampai tengahari dengar suara budak melalak. It is not convenience at all. Plish la parent-parent ni. Tolong lah buat yang sepatutnya. Cukup annoying. Homai.

Di samping melepek Sungai Petani sampai 2 hari dis time. Ai jugak mengamik kesempatan untuk driving alone to Penang Island. Selalu ajak orang tak dapat jer. And so bawak baby, emm, kiter drive sendiri lah! Heben gituuu. Merayap nombor satu budak ni. Hoho..

Around one hour journey la to the specific place to meet Anne, my kos-met kat UMT dolu-dolu. Eh, tak amik gegamba pulak. Not fotogenik enuf. Haha..


Doing the thing, best during driving! Amik gamba the nearest to get to have this Jambatan Pulau Pinang trademark. Hoho..

Kat atas jambatan ni memang takleh benti yer.. Memang ada signboard besar-besar stated. Kalau benti tepi bahu jalan without alasan kukuh ni, eg eksiden ke, tayar pancit ke, mau kene saman ngan polis melayang tiga ratus hengget ni. Haruslah! Mengganggu lalu-lintas. Summore dah cukup banyak kete sini, kalau ada yang berenti, mau crawling-crawling tu.

Lagi satu! Lagi satu! Nak masuk Penang kene bayar tol RM 7.00 yer.. Ada 2 plaza tol sebelum tu, Plaza A dan B. Both akan bertembung nanti, so jangan nak susah hati sangat lah considering which n which. Sama jer kekdahnyer. Hehe..

Sempat selit tips sket kat sini for those yang belum penah naik Jambatan Pulau Pinang ni. Kalau kuar from Penang, dah takde tol. Tapi kene make sure which direction lah. Either kiri to Perai, atau kanan to PLUS Hiway dan samada nak ke utara Alor Setar, atau selatan ke Ipoh.

Oh yer. Masa lepak kat area Leboh Acheh, got a call to exit from Penang Island sebelum kol 5 pm. If ai terlewat, habes lah! Kol 9 malam pun tak tentu lagi boleh sampai to the other side. Real quick goodbye before chiow. Plus bagi kek to Anne for her family. Coming again, nantilah! Kene kumpul duit dulu ni. But sure akan jugak. One fine day. Hehehe..


Peneman baby n me during this trip to utagha. Belum bagi nama lagi, hehe.. 

Til then, wait for my next post of hotel entry lagi. Wokeyh~~

Monday, July 11, 2011

hotel teratai tenang: kuala terengganu

musim2 travel mesti lah time choti2 sekolah. ye dak?? time ni la sumorang nak kawen n kenduri bagai.

demi memenuhi jemputan yang dah dijanji2 sejak awal, oleh itu destinasi pada last school holiday ialah ke kuala terengganu. oh yeahhhh!

in order to attend tasha's wedding yang telah di-confirm-kan attendance since like forever forever, here we go again to terengganu, the land where i once studied during my uni time. kinda reminiscing gitu, i miss terengganu so much eceli!

dis is where our accommodation lah!


hotel teratai tenang, kuala terengganu. 

where's the location?? kalau u datang dari terengganu ikut jalan pantai lalu kemaman suma tu, once korang masuk dari area chendering atau masjid terapung yang femes tu, just follow signboard ke arah pasar payang. korang akan jumpa roundabout ladang (nama formal roundabout ni) atau lebih dikenali sebagai roundabout batu bersurat selepas hospital besar terengganu. masuk ikut nombor 12, dis hotel will be sebelah kiri korang di tepi jalan jer tak berapa jauh from roundabout tu.

kalau korang masuk terengganu from mukhtafi-bila-shah, korang kene menghala ke pusat bandar atau arah ke kuantan (semasa korang berada dalam bandar) before korang jumpa stadium kecik di sebelah kiri. jumpa roundabout ladang dan korang kene masuk nombor 9. hotel will be sebelah kiri macam dah diterangkan kat atas tadi.

detail tak description?? hehehe.. nak buat cane, kalau dah dok terengganu 3 tahun tak reti2 gak jalan bandar ni memang fail lah kan?? hik hik.

dis is our room which suggested for 4 pax. satu katil besar dan 2 katil kecik.


kitorang just bertiga jer pun kan. the normal members for dis travel far-far away specially for wedding purposes mestilah ai, mak ai n ika. tot nak book for that 3 pax nyer room, tapi dah habis la pulak. terpaksa amik bilik ni.

meh tunjuk sket keluasan bilik ni.


ruang from pintu, captured from arah katil2 yang 3 tu. ber-marmar. besar gila.


area toilet pun besar ni ha. heater for shower pun ada jugak. so, don't worry kalau korang mandi lelambat gila macam ai did around 2 pagi. haha.. too exhausted to mandi earlier, kol 2 pagi haa. keh keh keh. ada sinki, cermin, toilet with 2 options of amount of flushing system. ada jugak kemudahan amik wudhu' di bawah hot shower tu, so tak perlu la dengan susah-payah amat nak menunaikan kewajipan kan?


pintu bilik kitorang 202. macam sempat2 jer amik gamba. haha..

hmm, what's more??


they provide us with the towels. so tak perlu susah-payah bawak towel sendiri, walaupun dis is a really bajet hotel. ada jugak mini fridge. tv ada astro with limited channel. water heater untuk minum pun ada plus gelas n sachet2 nescafe, gula suma tu. no worries la kalau nak buat morning coffee pepagi kalau malas nak turun kedai.


ada almari jugak nak sangkut2 tudung ke cane. if not mistaken, ada jugak extra selimut ke inside? haih, memory lost. keh keh keh. selipar untuk toilet jangan dilupa. just takde kain lapik kaki jer kot.

how much eceli we have to pay for dis type of room?? korang boleh cek kat website dia, or else meh ai bagitau sesiap. our room is superior, so kene bayar rm 115. plus the deposit kunci, another rm 20. therefore, check-in ngan bayar rm 135 yang nanti akan di-refund dat earlier rm 20 semula.

korang pun nak terai kat sini jugak?? boleh, bolehh.. no hal lah. meh ai bagi info pasal hotel ni kejap:

name: hotel teratai tenang

address: 1081-o, jalan sultan sulaiman, 20100 kuala terengganu, terengganu

tel: 09-631 8081

website: hotelterataitenang.webs.com

seperti biasa lah, advantages n disadvantages lah.

advantages including bilik yang besar, spacious kalau ada banyak barang or bawak anak kecik. tak terkurung gitu. selesa dari segi parking n environment. dis is kinda new lot kedai kot, so parking pun senang, takde masalah nak tinggalkan keter. kalau agak2 malas nak pegi jauh2 cari makanan, kat bawah n opposite hotel ni ada kedai masakan panas n nasi berlauk. as informed earlier, kemudahan berwudhu' dalam bilik air. lagi satu, during our check-in, akak tu siap passing sejadah lagi. tak perlu risau.

part kurengg sket. i remembered i'm the only one yang tak tido letak kepala di kepala katil. oh, baidewei, my bed ialah yang tengah2, di bawah ekon. dunno why, but the next day, ada air ekon menitik menghala ke kepala katil ai. oh like no wonder la ai tak tido letak kepala kat sana kot. another thing is the selimut. too small in size. walaupun ai pendek, still tak cukup nak cover suma. agak kurengg di situ lah. n the ekon too is hottttt. not fast cooling. tinggalkan bilik dengan ekon on masa pi pasar payang petang tu, balik pun still panas lagi n dis is not good walaupun ada kipas jugak ye.

our room is located on the 3rd floor, so agak leceh la bagi sesiapa yang ada masalah kaki nak panjat tangga yang banyak tu. di bawah floor kitorang ada opis bernama (berita tu) n pusat karaoke lah. tak mengganggu eceli, cuma bagitau.. yang bab2 lain tu, maybe boleh improve kot. termasuklah ke-tak-friendly-an pic kat kaunter. duit kecik pun takde nak bagi refund deposit, so must be prepared la yer?? u wouldn't want customer tarik muka bila terpaksa menunggu duit kecik di kala rushing2 ada urusan lain.

so untuk lebih info, boleh la korang browse the website of dis hotel n calling2. wajibul ghunnah untuk mem-book awal sebab dis is bajet hotel yang sedang meningkat fofular. nak-nak plak during peak season cuti sekolah dengan ongkawen suma, phewww.. lain lah if u opt for higher rate, tak boleh la nak sibuk2 kat bajet hotel for budget travellers jugak. ye dak??

p.s: kenapa buruk sangat kualiti amik gamba sekarang kalau compare ngan post hotel2 yang lama2. hadoi. nampak nooo ke-tak-rajen-an amik gamba ni, huhuhu..

nak menyelit sket foundings kat pasar payang ni haa.. dikerah awal2 pagi oleh mak suh bangun masuk pasar beli bekfes. nah, food heaven ni!


om nom nommmmm.. cakap jer, suma kuih ada kat gerai pakcik yang panggil sumorang sayang-sayang ni. haha.. dah ala2 borong sini bawak balik shah alam tuu..

ni lagi satu. rare punya view.


ika yang sedang sebok memilih buah salak. entah bila stat pandai makan buah ni, homai. ni kat belakang payang menghadap muara laut. kat sini dapat murah sket sekilo. 5 hengget kot, so budak sorang ni beli 2 kilo makan berdua ngan mak. eh??

tips di pasar payang pulak. kalau datang pagi2 untuk cari bekfes kat pasar dia, make sure kalau parking sebarang-sebarang ni, go back to ur car by 8 am. or else, kene saman la ngan mpkt (majlis perbandaran kuala terengganu). the same kalau petang2, parking tu perlu masuk duit up to 5 or 6 pm daily, termasuk la public holiday. memang mana2 banyak pegawai mpkt tu merayap2 kat area parking. so beware.. jangan leka sangat shopping dalam tu sampai lupa kat keter kat luar yer?

ha, ini haruslah! dah kata attending wedding kan?

not going to put gamba with pengantin. sebab gamba sendiri tak cun. keh keh keh. just, letak gamba wedding cake, my passion.


selamat pengantin baru tasha n abang janggut!

Sunday, March 21, 2010

trip to melaka, johor: day 2

selepas buat 2 post berderet2, tetibe cam dah takder idea plak nak tulis apape.. tut tut tuttt~~

hahaha..


so, supposely kitorang gerak kol 8 pagi.. nasib la gitu, suma pun malas jer nak bangun mandi.. hoho.. disebabkan yang anak2 ni pun mandi lama dan lambat, terpaksa la mak dan bapa nyer pun ter-drag lambat jugak.. hehe..


oh yer, as been told dalam hotel post tu.. ika tertinggalkan kunci bilik n tersedar bila kitorang nak check-out.. turun dulu menghantar barang n stay kat bawah {si ika ni pun meninggalkan akaknyer sorang2 kat bawah}, dan mengamik gamba di kawasan sekitar.. aiseh, terlupa plak nak amik gamba d'impian kopitiam.. kalau tak, takder proof.. haha..


memang la awal check-out nearly kol 9 pagi.. kitorang meneruskan perjalanan menghala ke batu pahat.. after awhile mencari gerai2/kedai makanan nak breakfast di tepi jalan, kitorang berenti makan sat selepas uthm berdekatan ngan 1 masjid ni..


ni kedai cam belah dalam sket.. ader deret kedai kat luar sket, tapi penuh ngan guys la.. tak best.. penduduk2 area tu cam ader gotong-royong kat masjid kot.. tu yang cam penuh jer orang2nyer makan2 kat gerai2/kedai makan tu.. hohoho..



sempat amik gamba mak dan abah..



me n ika plak.. leh plak dia post kat fesbuk tanyer sape lagi hot.. adoi..


meneruskan perjalanan ke batu pahat.. aim abah nak pi pasar kat pekan batu pahat ni yang semalam tak berjaya pi tu..



ni cam ala2 carboot la.. ader barang2 2nd hand.. tempat2 makan pun ader jugak.. tapi area ni tak besar la.. not too far from pasar basah dan pasar kering..



gamba lagi.. ader jual baju2..



suar jeans bundle pun ader..


kitorang tak banyak merayap sini.. tempat dia pun sket jer.. lebih banyak dok bertumpu kat 1 penjual ni la.. hehe.. i bought a crocs sandal here {i called it kerok}.. kaler putih n pink sket gitu.. nanti la update gamba, tak snap pun lagi.. haha..



update sudaa.. cheaper than harga kat uptown sa.. okey la kan, searching for money worth stuff.. hoho..


ni pasar basah.. signboard jer la..



tak kose den nak mengamik gambo.. dah la suar ni kene tempias2 air ikan kat pasar.. adoi.. dah cukup abes la mengangkat kaki suar.. pandai sangat, barang kiri kanan lagi mau angkat suar.. haha..


sini pasar kering..



abah n mak tak tau pun tempat ni.. budak2 2 orang ni terlepas jalan sendiri2.. agak2 rasa dah cam anak itik kehilangan ibu, baru reti call.. mak plak ingatkan pasar basah tu jer yang ader.. tapi sebenarnyer, ke depan sket la baru jumpa pasar ni.. oh yer, dah alang2 tu.. update jer la banyak2 gamba yang di-capture.. hehe..



jual sayur2..



sayur fresh lagi gitu..



penjual depan ni jual tudung, serkup/anak tudung, stongan n stokin..



jual baju pun ada.. macam kat pasar malam la senang citer..



undies pun jugak jangan dilupa.. hihi..


amik banyak gamba kat sini, tapi malas la nak upload banyak2.. cam takder keje plak.. hehe.. kat gerai jual buah, mak abah dok bersembang ngan penjual tu pasal nak beli nenas sarawak.. over besar sket la saiznyer tu.. abah beli 3 bijik jer.. time ni nak kuarkan duit nak bayar.. harus nampak gamba pakcik jual tu.. hoho..



ni plak snap gamba area gerai buah.. hoho..



selesai sudah dengan hasil tangkapan yang penuh tangan kiri kanan anak2 dan mak abah.. nak gerak kuar dah dari area batu pahat.. baibai.. nanti datang sini lagi.. haha..


head up to muar.. dis time kitorang masuk pekan muar la.. kononnyer nak pi cari tempat lunch, then tapau skali apaper yang boleh dibawak balik untuk orang di umah.. tak berjaya sangat nak membeli tiket parking.. 1st try plak terus membantutkan usaha.. ending nyer, kitorang park kat tempat parking yang berbayar di kaunter kuar.. senang citer..



view di tempat parking.. tepi laut, near hentian bas/teksi..


abah bawak meround kawasan dengan berjalan kaki yer, nak mencari tempat makan melayu yang sedap n banyak choice.. rasanyer, cam dah penat tawaf pekan muar.. diulangi, dengan berjalan kaki yer.. oh, lenguh betul.. dah la lama tak exercise ni.. huhu..


endingnyer.. makan kat area terminal bas ni jer..



tapi bukan kat medan selera kat terminal la.. kat tepi jalan near to the bus la.. menu yang sama untuk semua.. 4 pinggan mi bandung dan 4 abc.. oh, cuaca memang panas yang amat.. bukan senang nak tengok mak abah order abc.. anak2 jer yang dok makan abc 2 hari berturut-turut ni.. haha..


tak menapau pun kitorang kat sini.. nak cari tempat makan pun susah.. huhu..


kitorang head lagi ke arah melaka ikut jalan lama.. buat aper yer time ni, tido ke?? jalan kat jalan panjang n bosan ni.. hmm..


masuk melaka, kitorang singgah bersolat kat masjid besar melaka.. tak friendly la arrangement dia.. huhu.. dengan mak guard yang garang plak tu.. huhu.. jauh plak tu dari tempat parking nak ke tempat perempuan.. bangun2 mamai dan tension.. huhu..


pas solat, menyinggah kedai makan yang dekat dengan maktab mak untuk cari makanan nak ditapau balik.. hmm.. sold out oredi la.. beli air temikai jer untuk tekak2 yang kehausan ni..


kitorang kuar hiway thru ayer keroh.. fell asleep along the way yang membosankan.. until my sr woke me up by his call.. terkezut dengan jason castro - let's just fall in love again tu.. pening kepala memikirkan how to explain regarding mida things dengan mamai2 ni.. repeat benda yang sama berkali2 sebab tak berapa leh pikir.. huhu..


we reached home around kol 6 lebih.. letih la.. now i remember kenapa letih.. sebab i cannot really sleep malam tu, mimpi bukan2.. no wonder lah.. my dear cakap kat tempat baru, mesti i mimpi pelik2.. slalu mengadu camtu kat dia.. manja sangat.. huhu..


ok lah.. nanti akan update another story about another quick journey to pendang.. must have mood later.. must have interest nak pi cari keje jugak secepat mungkin.. huhu..

trip to melaka, johor: day 1

pagi2 nak gerak ke melaka/johor ni.. tapi takder la buat keje giler pas subuh gerak cam slalu.. rilek2.. kononnyer nak gerak kol 8 pagi, tak ikut pun.. around 8.45 jugak baru gerak nyer.. hoho..

minyak tu dalam ala2 separuh lebih sket kot.. turun dulu sampai ke rr seremban baru pi isi.. sempat menyebok kat kedai shell select tu.. ika beli roti untuk breakfast.. me beli nips n topup maxis.. melilau2, aiskrim cornetto cambest untuk breakfast.. si penjaga kaunter dok salah2 pulang baki then cam blur plak bila orang di sini jujur memberitahu.. hoho.. ingatkan nak cari metro tapi yang baru nyer tak sampai lagi..


further down ke tol ayer keroh untuk ke maktab mak nak amik sijil pendidikan khas ritu.. first time masuk.. tak la jauh sangat dari tol nak ke maktab.. disebabkan cam masih awal lagi, around kol 11 lebih gitu, abah pun takmo makan apape n takmo bawak bekal apape la along the way.. mak sempat menyaeng2 ngan kawan blaja ritu nak amik sijil.. kawannyer tu orang melaka jer.. bawak anak sorang nak wira hijau.. pas bersembang ala kadar, kitorang pun bergerak lagi ke bawah..



kat bangunan ni la mak amik sijil n keputusan pekse ritu..



mak bersembang ngan kawannyer, cam ala2 gathering plak.. hihi..



amik gamba on the way nak kuar dari maktab.. ni gamba hostel tempat mak stay ritu selama 3 bulan lebih..


now, menghala ke batu pahat.. tapi tak pakai hiway plus dah.. pakai jalan dalam yang besarnyer 2 lane kiri dan kanan.. jalan lurus, panjang dan boring.. haha.. around kol 12.45 pm gitu, wah~~ dah sampai la kat nasik beriani mat shah yang fofular tu.. campur dis time, rasanyer 3rd time datang sini kot.. memang mak suka betul makan sini.. for me, ok kot.. 3 ayam n ika pilih kambing.. mak jus epal, abah teh o panas.. me n ika having our bestest abc..



nasi beriani gam yang sangat popular di batu pahat..


takder la jauh sangat from medan selera tu nak ke pekan batu pahat pun.. rasanyer tak sampai pun 5 kilometer.. terus sampai kat 1st traffic lite nak masuk pekan.. abah beria nak pi pasar dia yang kononnyer ader jual 2nd hand nyer barang tu.. masa kitorang sampai pun dah kol 1 lebih.. pasar tu pun dah tutup since kol 11 am tadi.. tapi yang hari khamis tu sebenarnya tak buka pun sebab petangnyer ada pasar malam.. cam kira off la kot.. huhu..


sementara abah menanyer2 orang2 sekitar tu, me beli tiket parking.. rupanyer diorang nyer cam ala2 gores dan menang.. tak jual 1 keping, kene beli sebuku yang ada 10 keping.. i manage to kawtim ngan ah so tu, dapat la beli 2 keping dengan harga extra.. 60 sen selai, tapi kene bayar rm 1.40 untuk dua.. kesalahan terbesar ialah tergores dulu, then rupa2nya tak pakai langsung pun nak buat parking.. alahai.. membazir my 70 sen.. huhu..



ni la ghopernyer tiket parking tu.. siap dah bergores, tapi tak pakai plak.. huhu..


sebelum meneruskan perjalanan ke rengit plak, which is another place yang di-aim oleh abah.. kitorang singgah bersolat dulu kat masjid jamek batu pahat.. macam tu la kot namanyer.. cik abg sorang ni sempat menyelit calling2 sebelum nak turun kete.. gelak jer dia pas tetibe terpaksa buat2 formal nak pi solat.. adoi..


siap tu, kitorang meneruskan perjalanan mengikut direction ke arah pontian kecil.. kononnyer rengit ni di tengah jalan la.. jauh jugak tu.. sampai ke pekan rengit, ader cam careless2 sket sampai dah nak bergesel avanza ni ngan kancil yang tengah laju tu.. u-turn balik n terus nampak signboard indicate tempat jual barang2 2nd hand tu.. ni la tempat yang sebenar menjual di area rengit tu mengikut signboard.. tapi sebenarnya, jualan2 tu dibuat di bangunan2 ala kadar sepanjang jalan menuju ke arah pantai.. not really2 worth la, tapi ni la pun my 1st n last time datang sini.. hoho..



kononnyer pasar 2nd hand tu kat sini kot.. tapi kat sini tempat makan la yang banyak pun..


on the way kuar, ternampak polis di satu umah ni.. nampak juga tali tape crime scene gitu di sekeliling umah tu.. ader murder kot?? musykil..


kuar dari area pasar 2nd hand tu, mak cam berkobar2 plak nak menyinggah kat azhar food.. pembuat dan pengilang makanan cam kerepek2 tu kot.. ader jugak la perencah2 mi rebus segala tu.. nanti la tulis 1 post pasal azhar food ni, bagi nampak sket aper yang dijual kat kedai aka kilang dia tu.. but 1 thing, the premise sangat clean n nice.. banyak sesangat la tu kerepek nyer.. kitorang sempat memborong macam2 kat sini.. haha..



di luar premis azhar food..


call up d'impian untuk confirmkan our check-in at their place.. tanya jugak how to reach theirs sebab kitorang ni dah cam ke arah lain plak kat batu pahat ni.. luckily, terperasan 1 signboard cam shortcut ke arah parit raja.. save our time sebab kalau tak perasan dis signboard, terpaksa turun balik ke arah batu pahat nak mencari area ni..


semasa mencari signboard simpang ke parit raja tu, tetibe right on the simpang.. kitorang ternampak lagi skali kedai barang 2nd hand.. abah nak singgah lagi tu.. hoho.. me meng-confirm ngan makcik yang ader kedai makan kat tepi tu on how to reach there.. nanti sampai kat traffic lite tu, masuk kanan.. then cari kfc tu, kat belakang tu lah yer dik.. gitu la arahannyer.. hoho..


memang berjaya sampai dan berjaya check-in..



d'impian inn in parit raja, batu pahat..


all about the hotel is in my previous post..


tido sejam jugak la pas sampai sebelum kuar makan malam tu..


we're dining kat wildan seafood.. ni kedai makan di tepi jalan besar yer..



amik gamba ala2 kadar jer..


food tak mencapai tahap.. my ketiau ladna bukan berkuah putih.. ketiau dia cam itam sangat la plak.. switch food ngan ika, her ketiau tomyam sangat masam dan pedas ader cili api segala.. adoi.. memang berair hidung ni dikejekan.. makanan lain ok kot.. but if dis two food mengecewakan, kitorang takmo datang dah.. mak plak tak makan sebab dia tak dapat mi bandung atau mi rebus.. but luckily, i ordered skali french fries.. dapatla makan sket2..


kuar dari tempat tu, kitorang merayap area2 hotel jer.. jumpa kedai makan lagi.. tak sure la namanyer, tapi ada diddy's pizza sebelahnyer.. mak makan cendol, abah makan abc.. anak2 plak perut penuh.. tapi sempat meng-order french fries lagi kat diddy's pizza tu.. hoho.. buat2 tapau..


the 1st day journey dah siap tertulis dalam post ni.. later, akan tulis my 2nd day plak la.. just wait for dat.. haha..


p.s: post ni cam my diary-blog kan?? malas nak buat 2 kali keje.. update skali harung campur gamba terus siap skali.. haha..