cerpen twitter ni inspired from soalan from @terfaktab on the kahwin muda issue.. whether pro n cons n the opinion of the follower.. selepas berbalas2 sedikit, i decided to make a story of it..
kindly take note lah dis memang sebijik sebijan as per written earlier via twitter.. seperti sedia maklum lah yang twitter ni hanya boleh menggunakan 140 characters kan.. dat's why pendek2 suma tapi berbahasa melayu most of it.. kalau ada yang butt-hurt, maap la yer dengan ke-sarkasis-an my words.. hoho..
enjoy..
@terfaktab: perkahwinan di umur muda gadis pintar, halimahton. apa pandangan kalian? bagi kami, ya. kami menggalakkan perkahwinan di umur muda.
tak begitu bersetuju. kene fikirkan kehidupan selepas berkawen juga, bukan setakat nak melepaskan air di kepala jer. huhu..
@terfaktab: uishhh, adakah perkahwinan muda hanya sebab sex saja? aku rasa ya. tapi, sebenarnya. rezeki itu sentiasa ada.
duit takde, depend on parents, then nak bagi anak orang lain makan, how? janganla atas nama cinta semata, pitis tu perlu ada beb. rezeki memang sentiasa ada. boleh berusaha kalau azam tu ada. tapi anak muda sekarang ni tahap main jer lebih, t/jawab kurang. lagi 1, yang sedang bekerja pun mengeluh duit tak cukup. kalau bebudak muda yang tak keje lagi ni?? diorang tak pikir panjang. tak dinafikan ada yang berjaya, tapi kalau muda sangat sekolah pun tak habis, takder kemahiran apape?? menempah maut tu namanya.
@terfaktab: hmm, tak menempah maut. aku rasa, ramai orang fikir mcm satu bala jika kahwin muda. aku rasa tak. sbnarnya, bnyak kelebihan.
tu lah cabaran berkawin muda. depend on anak muda tu eceli. yang bekerjaya pun ramai gagal. mampu dari segi ekonomi tu penting. bila bercakap tentang rezeki berkawen, i tak penah plak come across dis thing masa keje kilang dulu. cuma nyer, rezeki anak tu penah. once dapat anak jer, terus bos naikkan gaji staf tu. well, mungkin itu lah yang orang kata rezeki anak kot. but then, bab kawen awal ni. i against. i lebih confident bila 2-2 yang nak kawen ni mempunyai pekerjaan. tak semestinya bergaji besar.
******************************
dah banyak pemerhatian yang dilakukan sepanjang 26 tahun hidup ni. my frens started to get married since pas grad. iaitu 22 tahun kot.
anak2 jiran, anak2 kawan mak abah yang lebih muda dari tu pun ramai. yang tak keje pun ramai okey. n dat's what i against most.
dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, there is nothing u can have without kene bayar. kecuali oksigen kot. air pun still okey.
ce bayang, mak ayah dah jaga n sekolahkan. bila sampai umur bekerja, the kids decide not to work, nak kawen.
without having any pennies in pocket, taknak keje, nak kawen. such a dissapointment for the parents eceli. dah la tak bagi duit to parents.
mak ayah tak merasa langsung duit anak yang dijaga n disekolahkan penat2 dulu. tuptup, terus cakap taknak keje, nak kawen.
taknak anak buat perangai, diturutkanlah hati yang berkobar nak kawen tu. disiap2kan rombongan meminang si buah hati.
masa berbincang sesama orang tua, luluh hati bila terpaksa berterus terang yang si anak tidak bekerja, tapi nak berkawen.
2-2 belah pihak parent terpaksa menurut cakap anak yang mengugut nanti buat apape yang memalukan keluarga kelak. maka dilangsungkan majlis.
majlis kecik2 katanya kawen koboi kot, kene tangkap basah ke?? terpaksa berlebih2an, buat majlis besar2an. sumber kewangan, mesti dari pama.
hantaran nak seribu satu. cek wajib tayang. jurugambar diupah. pelamin dihias cantik. dayang2 comel. khemah bersusun. juadah pelbagai.
jemputan serata alam. kawan2 tadika, sekolah, universiti. tak dilupa jiran2. majlis kita mestilah nak lebih grand berbanding orang lain.
berpenat lelah mak ayah mengurus ke depan ke belakang. mempelai tersipu2 malu di atas pelamin. dilayan bak raja di atas singgahsana.
buah tangan buat para jemputan, taknak lah sebijik telur tanda kesuburan seperti di zaman mak ayah dulu. nanti kolot diumpat rakan2.
cupcakes, gula2, muffin, set cawan comel bunga inggeris untuk dibawa balik. dihias bekas mahal atau paling koman, customized paper bags.
seusai resepsi, semua pihak tersenyum girang melihat kelancaran majlis. bermulalah kehidupan baru yang indah2 bagi kedua pengantin baru.
mak ayah agak berat melepaskan si kedua pasangan ni. baru berkahwin la katakan. disuruh tinggal dahulu di rumah pengantin perempuan.
makan, tido, berak, membuat anak dan segala macam dilayan sempurna. teruja melihat kebahagiaan si dara teruna yang baru kehilangan status.
mak ayah membelek bank statement dan bil2 sepanjang menyediakan persiapan untuk perkahwinan.
menggeleng kepala bila tuntutan hutang datang untuk dilunaskan. yang cash lain. cod juga. credit card pun menjenguk. janji atas angin pun.
teringat kembali kata2 si anak yang decide untuk tidak bekerja selepas graduasi untuk berkawen. mengucap panjang melihat kredit menimbun.
turutkan hati anak2, mak ayah mencekau2 duit untuk membayar segala jenis perbelanjaan perkahwinan yang meriah tadi.
bagi yang membuat loan sebelum berkahwin, bank2 pula menuntut janji untuk ditunaikan sebelum memberi surat2 cinta yang panjang lebar.
si anak lelaki dan menantu perempuan masih tidak bekerja dan tinggal percuma di rumah ibu bapa. makanan disuap. tadah tangan minta belanja.
mak ayah bertungkus lumus mengikat perut demi mengelakkan nama baik di-black-list oleh peminjam wang berlesen berlambangkan kepala harimau.
oh, terlupa pula bab bertandang. #ehsamalah jalan cerita yang dilakarkan. nak besar2, jangan dilupa pitisnya pun besar jugak.
lupa lagi plak bab hanimun. dalam negara, muncung. obersi, bali pun jadi. ex-dara n ex-teruna ni dihantar bercuti seminggu semoga gembira.
saat berganti saat. minit berganti minit. jam berganti jam. hari berganti hari. bulan berganti bulan. tahun berganti tahun.
masih mengharap ihsan si mak ayah sebagai sumber kewangan. si isteri semakin meminta. bila nak dibelikan baju baru, gelang perhiasan.
tak tahan dileter, maka si suami mula bekerja. gaji permulaan sudah tentu sedikit disebabkan tiada pengalaman bekerja dan faktor usia lewat.
komitmen tempat kerja kurang disebabkan selalu dimanja di rumah. buat salah dimarah, mengugut berhenti kerja mencari gaduh dengan majikan.
kurang daya tahan diri, berhenti kerja dan menggoyang punggung sahaja di rumah. kerja baru, malas katanya takut tak sesuai dengan selera.
pengalaman kurang. gaji nak lebih. banyak masalah taknak hadapi. lembik, lemah walhal tenaga masih ada, kudrat masih mampu.
kerjaya kurang stabil dek bertukar2 pekerjaan. banyaknya atas sebab tidak serasi, gaji kecik, tak mampu beban kerja yang banyak.
gaji bulanan ibarat dikais2. nak mewah tu, masih boleh kot tapi tebal muka nak mengharap mak ayah. menjeling jeles lihat kemampuan kawan2.
ada yang berkereta kelas sederhana. yang sudah menetap di apartment 2 bilik di pinggir bandaraya. bergaya dengan pakaian berpesen terkini.
tapi si suami isteri ni masih di takuk lama. tinggal dengan mak ayah. motor pun belum mampu. apatah lagi nak bermewah2.
masih dalam ketidak-kukuhan ekonomi, diberitakan khabar gembira si isteri mengandung anak pertama perkongsian hidup dengan si suami.
kemaen semua merai, bagai terlupa segala kemelut ekonomi. si isteri ditatang bagai pelita penuh. si suami bertekad mengkukuhkan kewangan.
diturut pengidaman si isteri, macam2 dibeli takut si anak lahir meleleh air liur dek permintaan bakal ibu tak dipenuhi.
makan sedap2. baju baru. rantai emas. bakal bapa merancang untuk membeli kereta. si kecil viva pun jadi lah untuk keselesaan bayi baru.
dalam diam, si suami membelek penyata mini bank. berkira2 cukupkan duit untuk makan pakai sehingga akhir bulan di awal2 gaji ni.
dengan status isteri surirumah sepenuh masa, suami bergaji kecil, hutang viva sekenhen, berapa sahajalah yang tinggal untuk makan pakai.
belanja bayi baru lahir pun mendesak untuk membuat persiapan terbaik untuk menyambutnya dalam tempoh tak kurang sembilan bulan lagi.
mak ayah cuci tangan. kata mereka, kami dah banyak berbelanja dahulu. ini masanya kamu rasa sendiri susah-payah hidup berumah tangga.
kebahagian menyambut kedatangan orang baru selari dengan jatuh terduduk keputusan sumber kewangan diberhentikan majikan yang bankrupt.
hutang viva perlu dibayar. si kecil sudah menjenguk ke dunia. kelengkapan isteri berpantang dan berurut lagi. kerja baru perlu dicari.
kegoyahan pengalaman bekerja tidak membantu sama sekali. si isteri sudah mula mengungkit. susu dan lampin anak tidak boleh dilewatkan lagi.
sakit kepala memikirkan keadaan terkini. anak melalak meminta susu. isteri membebel tak menentu. gaji yang cukup2 tidak dibantu.
sejarah berulang kembali bila dikejutkan dengan bakal cahaya mata kedua. oh, disebabkan stres, si isteri keguguran membawa kepada meroyan.
keadaan di rumah tidak terurus lagi. mak ayah terpaksa membela cucu sulung. isteri tidak sihat. suami kesakitan kewangan. saat ini, sendiri.
tiada kawan yang sudi membantu. saudara mara mencemuh. mak ayah pun tahu malu. jiran2 memerhati. apa lagi yang boleh diharapkan.
si suami berlunjur di tepi tingkap memikirkan di mana silapnya membawa kepada keadaan begini. dunia dianggap kejam pada ketika ini.
******************************
sekian sahaja cerpen pendek di twitter. diharap terhibur dan boleh mendapatkan manfaat daripada penceritaan ringkas berdasarkan pemerhatian kasar ni. kepada sesiapa yang ter-panas punggung, kekipas sket letak ekon n cuba berubah menjadi lebih baik untuk kebaikan diri sendiri..
really quick updates selepas balik swimming ni.. take care all..
5 comments:
sah saya terlepas banyak tweet status tu sebab sy baca pendek je. lulz!
bagi saya KERJA, KERJA KERJA. tu yang penting. dia kena ada job yg self-sufficent untuk jaga diri dan anak.
kos majlis kahwin tu lain cerita. sebab ada org kerja pon tak tetap lagi dah kumpul duit kahwin. patutnya dapatkan kerja tetap. duit kahwin tu xyah la gian sgt nak kumpul. buat majlis ringkas sudah.
dan macam saya cerita dalam tweet tadi, ada org kahwin pakai 4k je two weeks ago. dia buat majlis seringkas mungkin.
kalau saya pun buat macam tu. LOLs
orang yang kaya boleh la anak kawen awal. pastu tak keje pon takpe sbb duit dorang 7 keturunan pon tak habes. kan? =.='
ape2 pon tepuk dada tanya selera. think whats best for ourself. jgn sebab nafsu hidup binasa. :)
for my opinion i setuju kahwin awal bagi perempuan. sbb ada keberkatan rasenye. tapi partner nye mestilah orang yang lebih matang dan stabil.
kalau yang sma-sama muda nak kahwin tapi tak mampu, i rase buat sedaya yang mampu tanpa perlu berlebih2. tapi kalau takleyh, ape2 pon eika rase ia berbalik kepada hukum kahwin tue sendiri. Wajib/Sunat/Haram/Harus.
My opinion.(^_*)
adehhh.. tak sangka la plak banyak nooo komen kat sini, fuhh.. too bz to notice gamaknyer.. kehkeh..
budak kecik sasha: keje. only the way to support pasangan tu n anak2 nanti.. just kene berpijak di bumi nyata lah kan.. zaman sekarang takder duit, sayang melayang..
titel: itu lah. nasib dan kemampuan orang lain2. bagi yang mampu kawen awal, segerakanlah. tapi dalam keseronokan menghadapi dunia baru tu, jangan dilupa plak tentang kehidupan selepas majlisnya..
eyqa: yupe, berbalik kepada hukum.. agama sendiri dah menggariskan keadaan mana dan mana yang melorongkan kepada perkahwinan tersebut.. mungkin nowadays, ramai yang konfius tentang keutamaan mereka.. dis short cerpen twitter just nak bagi gambaran kot, especially for those yang kabur tentang pancaroba alam perkahwinan.. wahhhh gitu..
cikpah: oops, sorry.. just wanna get back eberibadi to reality.. pijak tanah orang cakap.. sumtime, people don't really realize n when sumting happen, baru diorang buka mata.. maybe i'm just will be a spinster yang #foreveralone tapi banyak nampak keadaan2 macam ni n i don't want the ladies especially selalu menjadi mangsa keadaan disebabkan masalah ekonomi dalam rumah tangga.. but true.. mampu tu bukan dari segi nafsu jer.. patut mampu dari segi kewangan, mental n fizikal suma yang i can see lots of lacking in our community nowadays.. chill weh, i'm not into terasa-ing anyone.. hoho.. pis pis kacang pis (^_^)v
oh yer..
kindly read dis entry by hellioz the great on the marriage n economy.
http://hellioz.blogspot.com/2011/05/quantity-over-quality.html
lots of strong points there.. hoho..
Post a Comment