Pages

Saturday, October 16, 2010

doa seorang wanita

sooo long tak update all those tips suma.. sebok keje, sebok segala.. yang baru ni plak, lutut berdarah2 jatuh kat car park time pakai heels 2 inci lebih..

adeh, alasan jer la kan.. nak seribu daya.. haha..

while merayap2 tengok news feed kat fesbuk, came across dis article..

i shall then thank the original user yang create n post dis article sampai tersebar di pelusuk fesbuk..

n i would like to share with all the ladies..

n to guys pun, perhaps jadik panduan untuk memahami perasaan your ladies dan tak la asyik salah paham, salah anggap n semoga dapat menjadi ketua yang baik untuk pasangan nanti..

******************************

ya rabbi..

aku berdoa untuk seorang lelaki.. yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku..

seorang lelaki yang sungguh mencintai-Mu.. lebih daripada segala sesuatu..

seorang lelaki yang akan meletakkanku, pada kedudukan kedua di hatinya selepas Engkau..

seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu..

seorang lelaki yang mempunyai hati yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agung-Mu..

seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa dan untuk siapa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..

seorang lelaki yang memiliki hati yang bijak bukan sekadar otak yang cerdas..

seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku..

seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati aku ketika aku berbuat salah..

seorang lelaki yang mencintaiku bukan hanya kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku..

seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi..

seorang lelaki yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya..

seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya..

seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya..

seorang lelaki yang memerlukan sokonganku untuk mengatasi kesedihannya..

seorang lelaki yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna..

dan aku juga meminta..

buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat lelaki itu bangga..

berikan aku sekeping hati yang sungguh mencintai-Mu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-Mu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku..

berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu, bukan dari luar diriku..

berilah aku tangan-Mu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..

berilah aku penglihatan-Mu sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja..

berikan aku mulut-Mu yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan-Mu dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi..

dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan "betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.."

aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan..

ya Rabbul 'Izzati, perkenankanlah..

******************************

eberibadi have the potential n chances..

perhaps the most important part of all, hanyalah kebergantungan seorang hamba kepada Penciptanya dan mungkin sejauh mana seorang hamba dapat berserah kepada keputusan Penciptanya dalam kehidupan sehariannya..

renung-renungkan dan selamat memohon kepada-Nya..

0 comments: